Rosmah: Tun Mahathir Mengaku Ada Hubungan Rapat Dengan UNESCO
Sesuai dengan latar belakang sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad memang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan begitu banyak agensi antarabangsa dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk UNESCO.
Dibawah pentadbiran Dr. Mahathir, negara ini mendapat begitu banyak pengiktirafan daripada UNESCO dengan beberapa bandar di Malaysia mendapat status Bandar Warisan Dunia. Setelah Dr. Mahathir melepaskan jawatan, tidak ada bandar dalam Malaysia yang mendapat pengiktirafan sama, hanya setelah DAP mengambil alih Penang, barulah Georgetown kembali mendapat pengiktirafan yang sama dari UNESCO.
Jadi dalam hal, Rosmah dibatalkan untuk mendapat anugerah dari UNESCO kelmarin, tidak sukar untuk mengagak siapa yang menjadi pengaruh disebalik keputusan pembatalan tersebut.
Apa pun, sumber rapat dengan Dr. Mahathir mengalu-ngalukan keputusan pembatalan tersebut dan menyifatkannya sebagai yang terbaik untuk negara.
Memang itulah yang patut dilakukan sejak dari dulu lagi kerana Permata ini tidak menyumbang satu kebaikan pun untuk negara melainkan menghabiskan duit saja.
Idea penubuhan tu bagus tapi sebab yang jadi penaung tak bagus, maka semua benda pun tak baguslah, menurut sumber tersebut yang memetik kata-kata Dr. Mahathir
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2d0MTf3
Post a Comment