Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kos Kahwin Hanya RM 5253 Je, Tak Percaya? Ini Caranya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kos Kahwin Hanya RM 5253 Je, Tak Percaya? Ini Caranya

Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga semestinya mengimpikan majlis yang indah dan meriah. Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang ni majlis yang gilang gemilang mestilah melibatkan kos yang gilang gemilang juga. Jadi bajet perkahwinan tu sangat penting dan sebolehnya biarlah mengikut kemampuan. Yang penting korang dan pasangan akhirnya dapat disatukan.

Percaya tak pasangan ni belanja hanya RM 5253 untuk majlis kahwin yang simple tapi meriah. Weh biar betul? Tak semestinya ‘grand’ baru boleh kahwin, jom baca tips kahwin bajet dari wanita ni.

Pelamin DIY – RM 648

kos-kahwin-hanya-rm-5253-je-tak-percaya-ini-caranya1

Alhamdulillah dah hampir sebulan bergelar isteri. Minta maaf kalau ada kawan-kawan di fb yang tak dijemput sebab majlis buat sederhana je. Alhamdulillah even simple tapi majlis meriah je dan yang paling best sebab duit dalam bank pun tak banyak keluar. Buat yang nak kahwin tapi kewangan korang agak gawat, so macam tak mengizinkan untuk buat mewah-mewah tu bolehlah try bajet sy ni. 🙂

BISMILLAH..

1. Pelamin DIY
•Jet set dgn kerusi pinjam maklang punya •Kain tirai – RM 50
•Karpet besar – RM 500 (blh reuse)
•Bunga IKEA – RM 80
•Fiber untuk bantal – RM18 (blh buat 4 bantal)

Baju pengantin lelaki – RM 120

kos-kahwin-hanya-rm-5253-je-tak-percaya-ini-caranya4

2. Baju pengantin
•Baju melayu suami (Gene Martino) – RM 120
•Baju sy – pinjam baju cousin
•Veil – sewa

Goodies bag (bunga telur, kuih bahulu & gula-gula) – RM 455

kos-kahwin-hanya-rm-5253-je-tak-percaya-ini-caranya2

3. Goodie bags
• 300 bunga telur – RM300
• 300 Paperbag – RM RN75
• Kuih Bahulu – maksu Rokiah Ismail sponsor (Sodap)
• Gula-gula untuk budak2 – RM80

Makan, make up pengantin, khemah & perabut bilik – RM 4030

kos-kahwin-hanya-rm-5253-je-tak-percaya-ini-caranya3

4. Lain-lain
•Brg-brg macam stapler,riben, bunga tangan diy dll- RM RM130
•Makan – RM 2000 (orang kampung gotong royong)
•4 Kemah RM800
•Inai – Maklang sponsor
•Hantaran – Quran, Kek dan buah (up to u nak beli kuantiti)
• MUA by ILa Hanan RM 300. Cantik sangat.
• Perabot untuk bilik RM800
• Photoshoot – minta abang saudara Wanmohdramzi B. Wanputeh je tolong. Nanti belanja makan. Hihi.

Total RM 5253 sahaja

So total RM 5253 Sahaja. Standard ekonomi sekaranglah.

Apa-apa pun semuanya akan jadi senang. Ramai je akan tolong nanti jadi janganlah risau sangat kalau nak buat benda baik. Yang penting niat, doa, tawakal, barakah, bahagia dan sweet. 🙂

Dikesempatan tu juga sy nak ucap terima kasih pada semua yang banyak tolong sy dan keluarga especially saudara mara dan orang2 kampung. Terima kasih banyak2 ye… hihihi!
sumber: Noor Tulus



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.