Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Untung Kerja Pakai Uniform, Tak Payah Pening-pening Kepala Pilih Baju’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Untung Kerja Pakai Uniform, Tak Payah Pening-pening Kepala Pilih Baju’

Bekerja di dalam organisasi ketenteraan, saya memang beruntung. Tidak perlu fikirkan apa baju untuk diperagakan ke tempat kerja, dan jenis dan warna kasut dan tas tangan untuk dipasangkan dengan baju. Saya tidak perlu sibuk melilitkan tudung yang coraknya mesti tidak akan disaman ‘fashion police’. Saya hanya ada 1 beg tangan dan 1 pasang kasut untuk setiap hari bekerja. Disebabkan kebanyakan harinya saya bekerja, saya rasa saya adalah wanita yang punya paling sedikit kasut dan beg tangan berbanding dengan orang lain. Saya cuma punya 4 pasang kasut di dalam kabinet. Beg tangan saya hanya akan tukar sekiranya yang sekarang ni terlalu buruk kerana beg yang samalah ke tempat kerja, ke pasar, dan ke mana2 pun. Kalau kalian selalu tengok gambar yang saya letakkan dalam FB, baju saya sama sahaja kerana terus terang saya katakan, baju saya sangat sedikit. Selalunya terpaksa beli sebab berat badan yang tidak mahu berhenti2 naiknya. Saya terdengar2 adik2 bercerita tentang Vivy Yusof, baru saya tahu siapa dia. Memang saya ni sungguh ketinggalan zaman.

Bekerja sebagai doktor pun ada bagusnya. Kalau ada di antara kami yang memang fesyen terkini dan berhias sakan ke tempat kerja, dia akan menjadi sebutan. Kerana kebanyakan kami jenis yang mudah. Yelah. Kerja di klinik atau hospital, kalau pakai ‘stylo’ pun, pesakit je pun nak kami jumpa. Teringat masa saya sedang melalui zaman penderitaan di HSAJB, saya mandi pun kira dah OK sangat. Nak melawa2 memang jauh panggang dari api. Yang penting kerja mesti siap kalau tidak, akan diherdik dan dimaki hamun. Bekerja berterusan 36 jam mana mungkin mahu melaram.

Untuk wanita2 yang berpakaian seragam ke tempat kerja, jangan berdukacita sebab tidak dapat bercantik2 setiap hari dengan fesyen2 yang terbaru. Fikirkan positif, bayangkan berapa banyak duit dalam poket yang kita boleh jimatkan.

Pertama kali ‘selfie’ di dalam ‘vanity suite’ rumah sendiri. Hehehe. Memang rasa sangat2 ‘awkward’. Tidak akan melakukannya lagi.

Sumber : Rusyainie Ramli



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.