Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cucu Allahyarham Haron Din Wajar Dijadikan Contoh Buat Remaja Lelaki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cucu Allahyarham Haron Din Wajar Dijadikan Contoh Buat Remaja Lelaki

Cucu Allahyarham Haron Din Wajar Dijadikan Contoh Buat Remaja Lelaki

imam

Hakim Hamdi, cucu kepada Allahyarham Haron Din telahpun menjadi Imam solat ghaib di hadapan 5000 orang makmum termasuk para Ulama.

Di usia baru menjangkau 17 tahun, remaja ini telah menjadi imam untuk solat ghaib atuknya yang sememangnya mengagumkan orang ramai.

Ini merupakan perkongsian seorang lelaki yang menyatakan cucu Allahyarham Haron Din ini patut dijadikan contoh kepada para remaja lelaki yang kebanyakkannya kini tidak tahu menjadi imam.

Jom baca: (dari Mufarwa Farid)

Suatu hari, waktu tu aku stay up untok study final exam sampai ke Subuh. Dalam perjalanan pulang ke UIA, aku singgah sebentar solat di Petronas Taman Sri Gombak.

Di luar Petronas ada ramai brader-brader tengah melepak atas motor sambil berbual-bual. Budak-budak motor baru habis racing agaknya.
Selesai ambil wuduk, aku masuk je dalam surau, ada sorang brader ni tengah solat. Di tepinya ada sebijik helmet. Aku yakin, dia ni salah seorang geng motor tadi tu.

Jadikan Imam

Aku bentang sejadah kat tepi dia, lepas tu sebut takbir kuat-kuat tanda aku mahu berimamkan dia.

“Allaaaaahuakbar.”

Tiba-tiba dia jatuhkan tangan perlahan-lahan, dan dia naikkan balik. Anak mata aku dapat rasa yang dia menjeling kat aku. Tapi aku buat tak reti je la.

5 minit dia berdiri, tak baca apa-apa pun. Literally dia berdiri je sambil kaki dia nampak menggeletar.

Lepas tu dia rukuk, “Allahuakbar”. Aku ikut.

Masa nak iktidal, dia takbir lagi “Allahu… Hamidah.”

Gigil Sambil Menjeling

Dah aku pulak yang confuse ni. Suara dia menggigil dan menjeling-jeling ke arah aku. Sah dia ni tak pernah jadi Imam!
Aku waktu tu nak berhenti solat dah, nak solat sorang – sorang. Tapi aku fikir masa tu, tak apalah. Aku ikutlah dia sampai habis. Nanti aku solatlah semula.

Sujud dan duduk antara dua sujud tak ada masalah. Waktu rakaat kedua, sekali lagi dia tak diammm je selama 5 minit. Al-Fatihah baca dalam hati saja gamaknya.

Tiba-tiba, “Allahuakbar.” dia bertakbir. Ingatkan dia nak rukuk la.

Rupa-rupanya dia angkat tangan dan nak baca doa qunut!

Aduh ini sudah parah. Dia menjeling-jeling sambil menggigil tangan menadah doa.

Aku stop solat, dan terus kata pada dia.

“Bro, meh la aku jadi Imam.”

Lepas tu dia gelak sambil tutup muka. Aku nampak dia gelak, aku pun ikut la sama.

“Celaka bro. Yang kau tetibe sembahyang belakang aku apsal? Aku mana la tahu jadi imam-imam ni. Kah kah kah. Sial.” kata dia sambil ketawa.
“Aduh kau ni pun gelabah sangat. Solat je la macam biasa. Ni nak menjeling-jeling aku pulak. Kah kah kah.” kata aku.

“Aku ni jarang solat bai. Ni pun nasib baik terdetik hati aku nak solat kejap. Kau je la jadi imam, aku ikut. Kalau kau jadi imam, kau tak nampak aku jeling kau”

Kah kah kah. Aku gelak je la.
Lepas tu aku jadi Imam solat. Sempurna lah rasanya.
Selesai solat, kami bersalam.

“Yang kat luar tu dah settle ke solat?”
“Alaa. Diorang bukan solat pun. Berhenti sini pun sebab nak isi minyak dan pergi berak. Aku pulak sambil tunggu pergilah sembahyang sini dulu.”
“Bro, jahat mana pun kau, jangan lupa solat ok? Kau usaha semampu yang boleh untok lengkapkan solat harian dan usaha untok sempurnakan solat kau, ok?”

Dia mengangguk sambil tersengih.
Kami pun berpisah.

Masih Respek

Itulah tuan-tuan. Ada orang, pada umur muda, dah jadi Imam solat jenazah. Ada pula, umur muda tapi tak tahu macam mana nak jadi Imam.
Aku memang respek melambung pada brader ni sebab dia ada rasa nak solat Subuh dalam keadaan member-member dia tak solat. Dalam hati dia, masih rasa nak solat. Soal sempurna atau tidak, biarlah Tuhan tentukan.

Dan waktu aku jadi makmum dia, dia tetap teruskan solat. Kalau dia betul-betul tak tahu dan tak mahu, awal-awal lagi dia dah stop solat dia tu. Maknanya, dia still kental hati nak jadi Imam, bukannya mengalah terus.

Nasihat Baik-Baik

Kalau ada geng-geng kita yang malas solat, nasihatlah dia baik-baik. Janganlah pula kita mengumpat pasal dia, tapi tak mahu nasihat dia.
Dan kepada yang malas solat tu, pada usia yang muda ni rajinkanlah solat. Nanti nak kahwin nanti, kita mesti nak isteri kita solat. Dah ada anak nanti, mesti nak anak kita solat. Walaupun keluarga kita biasa-biasa dalam bab agama, at least, ahlinya solat.

Mungkin kita tak boleh jadi cucu Allahyarham Haron Din.

Tetapi kita boleh menjadi diri kita yang lengkap solatnya sehari semalam.

The post Cucu Allahyarham Haron Din Wajar Dijadikan Contoh Buat Remaja Lelaki appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.