Hi! Welcome Back and Stay Tune! Duta Besar Britain peluk Islam, tunai haji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Duta Besar Britain peluk Islam, tunai haji

JEDDAH:  Duta Britain ke Arab Saudi, Simon Collis, memutuskan untuk memeluk Islam selepas berkhidmat di Asia Barat selama 30 tahun .

Memetik laporan Daily Mail dan beberapa agensi berita antarabangsa, Collis, bapa lima anak berusia 60 tahun mengambil keputusan untuk menunaikan ibadah haji  pada tahun ini, bersama isterinya, Huda al-Mujarkech, wanita Syria.

“Saya memutuskan untuk mengucapkan kalimah syahadah setelah 30 tahun hidup bersama orang  Islam dan sebelum mengahwini Huda,” tulis Collis di Twitter.

Menurut laporan The Times, Collis memeluk Islam pada 2011, sejurus sebelum  mengahwini Huda.

Collis menggunakan nama asalnya walaupun selepas memeluk Islam.

Sebelum menjadi duta di Arab Saudi, Collis pernah menjadi duta Britain di Syria (2007-2012), di Iraq pada 2014 dan pada Januari 2015 beliau memulakan tuganya di Arab Saudi.

Beliau juga pernah memegang jawatan timbalan misi di Amman, Jordan(1996-99).

Collis menjadi salah seorang daripada  19,000  warga Muslim Britain yang menunaikan haji pada tahun ini. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.