Hi! Welcome Back and Stay Tune! Setelah Beberapa Hari Meninggal Satu Per Satu RAHSIA Tuan Guru Haron Din Diceritakan !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Setelah Beberapa Hari Meninggal Satu Per Satu RAHSIA Tuan Guru Haron Din Diceritakan !!!

Setelah Beberapa Hari Meninggal Satu Per Satu RAHSIA Tuan Guru Haron Din Diceritakan !!! | Saya sempat belajar dgn almarhum di Darul Syifa’ Bangi sekitar tahun 2009 bersama ustaz Al Rania dan ustaz Ihsan Abdullah. Almarhum TGHD seorang yg sangat merendah diri dan terlalu sedikit cintakan dunia bahkan ikhlas dlm merawat pesakit, walaupun individu tersebut dari ideologi parti berbeza.

dr

Pernah almarhum bercerita kepada kami para pelajar. Kisah beliau pernah menasihati satu pasangan yg mana si isteri hampir menggugurkan kandungannya kerana belum bersedia menerima cahaya mata (kalau tak silap saya). Pasangan ini daripada keluarga berada. Hasil nasihat dan teguran dari almarhum, pasangan ini membatalkan niat utk menggugurkan kandungan. akhirnya mereka mendapat cahaya mata yang sihat dan sempurna.

Lalu si suami menjemput almarhum untuk mentahnik dan memberi nama kepada anak tadi kerana terhutang budi dgn almarhum. Selesai tahnik, si suami menyerahkan sampul kepada almarhum, katanya sedikit sumbangan ikhlas. Almarhum berkeras menolak namun si suami tetap mahu memberi.

Setelah pulang, beberapa lama kemudian barulah almarhum teringat pada sampul yg diberikan tadi. Sebelum buka sampul, terdetik dalam hati ” mungkin RM100 atau lebih sikit”. Namun apa yg memeranjatkan, isi sampul tersebut adalah sekeping cek yg tertera RM 1,000,000.00!!!

Almarhum telefon kepada si suami tadi dgn mengandaikan beliau tersilap, tp si suami mengatakan memang beliau berniat utk memberinya kepada almarhum. “Ustaz gunalah duit tersebut utk apa2 pun”.

Lalu almarhum teringat tentang janji beliau beberapa bulan sebelum itu di sebuah masjid di Langkawi. Pihak AJK masjid memaklumkan, kos utk membina masjid baru adalah berjumlah RM1.4 juta. Ketika itu almarhum kata, “saya tak dak jumlah sebanyak tu. kalau saya ada, saya mesti bagi”. Teringatkan janji tersebut almarhum terus menyerahkan cek tersebut kepada pihak masjid. Mereka begitu gembira bahkan berkali2 berterima kasih kepada almarhum. Kata almarhum, “bukan saya, tp ada hamba Allah yg bagi cek ni pada sy. Saya tlg sampaikan saja”.

Akhirnya masjid td berjaya disiapkan. Pada majlis perasmian masjid, almarhum mengajak si suami td menemani beliau ke Langkawi. Dalam ucapan beliau, almarhum memperkenalkan kepada penduduk tempatan ttg lelaki yg memberikan cek RM 1 juta kpd beliau. Si suami td terkejut. ” Ustaz guna duit tu utk masjid?” Soal beliau terkejut. Almarhum hanya tersenyum.

Moral of story, almarhum berpesan kepada kami para pelajar, org agama tidak perlu kejar dunia. Jika mereka ikhlas, insya Allah dunia yg akan kejar mereka. Kisah ini saya ingat sampai sekarang. Semoga Allah SWT menempatkan almarhum di sisi para anbiya’ dan solihin.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه….

Kredit:- Fb Abu Anas Mohamad Lutfi

amir

P.S. 1 – Isteri Hairan Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama… Rupa-Rupanya Segalanya Terbongkar Apabila Isteri Terlihat…
P.S. 2 – Doktor Ini DEDAHKAN RAHSIA Untuk Cepat Hamil Yang Ramai Pasangan Terlepas Pandang !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

The post Setelah Beberapa Hari Meninggal Satu Per Satu RAHSIA Tuan Guru Haron Din Diceritakan !!! appeared first on EKSIDENZ.



Penyumbang : EKSIDENZ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.