Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sukarno lancar Konfrontasi, anggap Malaysia penjajahan baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sukarno lancar Konfrontasi, anggap Malaysia penjajahan baharu

JAKARTA: Isu pembentukan Malaysia pada 1963 telah menyebabkan hubungannya dengan Indonesia menjadi tegang sehingga akhirnya Presiden Sukarno melancarkan Konfrontasi.

Sukarno yang melancarkan dasar Konfrontasi secara rasmi pada 3 Februari 1963 berkata, penentangan Indonesia bukan disebabkan pengaruh komunis, tetapi kerana Malaysia dianggap mewakili kuasa neokolonialis.

Sukarno malah menyifatkan gagasan Malaysia sebagai rancangan penjajah bentuk baharu yang dikemukakan pihak British.

Bagi sejarawan, Konfrontasi merupakan strategi Sukarno untuk memesongkan perhatian dan haluan penduduk Indonesia daripada menentang kerajaan susulan kepincangan ekonomi dan pentadbiran yang dialaminya.

“Lagipun, Sukaro mahu kekal berkuasa dan memperluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara,” kata seorang sejarawan di sini, sambil berkata bahawa gagasan Malaysia disifatkan sebagai boleh menjejaskan hasratnya itu.

Katanya, Konfrontasi turut berperanan sebagai strategi untuk menyemarakkan semula semangat dan peranan tentera Indonesia selepas berakhirnya isu Irian Barat dan Belanda.

Namun, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju dengan kenyataan Sukarno bahawa Malaysia adalah satu bentuk penjajahan baharu.

Pergolakan politik di Indonesia yang membawa kepada penyingkiran Sukarno telah menyebabkan hubungan Indonesia dengan Malaysia semakin pulih. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.