Hi! Welcome Back and Stay Tune! Naik taraf segera sekolah daif: Kementerian ambil maklum gesaan Adenan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Naik taraf segera sekolah daif: Kementerian ambil maklum gesaan Adenan

BINTULU – Enam daripada 43 sekolah yang dinaik taraf tahun ini menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi menggantikan bangunan sekolah daif dan lama di Sarawak, sudah pun siap.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata selain itu 13 sekolah masih dalam pembinaan, lapan di peringkat reka bentuk dan 16 lagi dalam perancangan.

Beliau berkata pihaknya sentiasa mengambil maklum gesaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem agar sekolah daif di negeri itu segera dinaik taraf

“Kementerian dan Jabatan Pendidikan Sarawak telah mula mengambil tindakan menaik taraf sekolah-sekolah daif di Sarawak.

“Kita telah mengenal pasti 183 sekolah yang boleh kita bangunkan semula menggunakan kaedah IBS yang cepat, jimat dan selamat dari segi pembinaan.

Sekolah ini akan dinaik taraf secara berperingkat sehingga tahun 2020 dan senarai ini bukan sesuatu yang kekal…kita akan sentiasa memantau kalau ada lagi sekolah yang perlu dinaik taraf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kelawit dan SK Tatau yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Bintulu. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.