'Jangan Gunakan Panadol Lembutkan Daging, Ia Boleh Membunuh!' - Nasihat Pakar Daging
Sempena sambutan Hari Raya Korban yang lepas memang akan penuh peti ais dengan daging korban. Pelbagai jenis hidangan masakan berasaskan daging dimasak untuk memastikan daging tidak disimpan terlalu lama. Namun masalah utama dengan daging ini ialah bukan semua daging di potong dengan cara yang betul dan ini juga menjadi punca daging menjadi liat.
Kadang-kala daging memerlukan tempoh yang lama untuk dilembutkan. Bagi suri rumah yang sibuk menguruskan pelbagai urusan keluarga tempoh yang lama untuk melembutkan daging memang melemahkan semangat nak menyediakan juadah untuk keluarga.
Semalam saya bertanyakan di wall saya tentang tips atau cara untuk melembutkan daging. Soalan saya itu saja mendapat 60+ komen. Daripada komen-komen itu, ada lebih kurang 20 tips utnuk melembutkan daging. Serius saya tidak pernah tahu pun. Maklumlah jarang ke dapur.
Ada juga tips itu yang pelik-pelik. Kadang-kadang fikir macam tak masuk akal juga. Kebanyakannya tips orang-orang lama atau petua. Kita ikutkan sajalah sebab mereka lebih lama hidup dan lebih banyak pengalaman.
Empat orang daripada yang memberikan komen menyarankan agar dimasukkan panadol. Mula-mula tergelak juga dalam hati bila tahu tips itu daripada individu pertama yang sarankan panadol. Ingatkan main-main, rupa-rupanya memang betul kerana tiga orang selepas itu pun menyarankan agar dimasukkan panadol untuk melembutkan daging.
Saya tidak pasti secara saintifik bagaimana panadol mampu melembutkan daging. Tetapi yang saya pasti ada individu dan pekedai yang menggunakan tips panadol ini berdasarkan komen-komen yang diberikan.
Yang pastinya, seorang lelaki dalam ruangan komen ini sangat menegah penggunaan panadol untuk melembutkan daging. Amat berbahaya katanya, bahkan penggunaan panadol boleh membunuh.
Lelaki ini bukan menegur seorang, tetapi dua orang yang memberikan idea penggunaan panadol ini. Beliau amat tegas agar perlakuan ini dihentikan kerana amat berbahayakan.
Sumber : syoksembang
Post a Comment