Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Sarawak tingkatkan ICT diluar bandar ke tahap lebih baik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Sarawak tingkatkan ICT diluar bandar ke tahap lebih baik

KUALA LUMPUR :Kerajaan negeri Sarawak akan mempertingkatkan jaringan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di negeri itu khususnya di kawasan luar bandar ke tahap lebih baik.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abdul Rahman Johari Tun Openg berkata, ini supaya tidak wujud jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar, di samping tidak mahu rakyat di luar bandar ketinggalan dalam arus kemodenan teknologi maklumat.

14692044_1229145720492328_5092159049984438775_o

Beliau berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan pemain industri telekomunikasi dapat bekerjasama dalam menjayakan hasrat itu.

“Kalau dalam bandar mempunyai 50 kbps, di luar bandar pun mesti 50kbps juga. Kita akan meninjau dan melihat pembangunan infrastruktur ICT ini kerana ia adalah ‘big boon’ kepada pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel sesi Randau Bersama Menteri bersempena Program Lan Berambeh Anak Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Sesi itu dikendalikan moderator Fazruddin Abdul Rahman dan dihadiri anggota panel antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.

Sementara itu, Entulu dalam sesi itu memaklumkan mengenai beberapa penambahbaikan yang dilaksanakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk memudahkan rakyat khususnya di luar bandar untuk memohon pekerjaan.

“Antara langkah bagi membantu masyarakat luar bandar adalah dengan memperkenalkan sistem online untuk pemohon mengambil peperiksaan bertulis.

“Dulu di Sarawak, jika nak duduki peperiksaan bertulis, calon perlu ke bandar seperti Kuching, Sibu dan Miri. Dengan sistem ini mereka boleh menduduki peperiksaan di mana-mana kawasan yang mempunyai capaian internet yang baik,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, calon-calon tidak perlu risau jika berhadapan gangguan internet semasa menduduki peperiksaan kerana ibu pejabat SPA dapat mengesan permasalahan itu dan akan memberi pertimbangan sewajarnya.

Sesi itu turut membincangkan mengenai masalah perumahan, pertanian dan kadar gaji minimum di Sarawak. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.