Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lim Kit Siang jawab PAS: Pakatan Rakyat berpecah bukan kerana DAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lim Kit Siang jawab PAS: Pakatan Rakyat berpecah bukan kerana DAP

KUALA LUMPUR: DAP mempertikaikan dakwaan Mursyidul Am baharu PAS, Hashim Jasin yang mendakwa DAP memungkiri perjanjian kerjasama dengan parti Islam itu sehingga berlakunya perpecahan Pakatan Rakyat.

lim kit siangPakatan Rakyat terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi kini PAS telah meninggalkan pakatan itu yang memungkinkan Pakatan Rakyat menang besar pada pilihan raya umum (PRU)  2013.

Menurut pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, DAP tidak pernah melanggar komitmennya, dan Pakatan Rakyat berpecah bukan kerana  keingkaran DAP.

Sejak beberapa waktu, kedua-dua parti yang pernah tidur sebantal itu saling menuding jari dan enggan mengaku kesilapan masing-masing.

Pemimpin DAP itu berkata, Hashim tidak berhak bercakap mengenai perkara yang tidak diketahuinya.

“Beliau tidak boleh membenarkan sesuatu yang tidak benar,” katanya sambil menambah bahawa Hashim tidak tahu cerita sebenar.

Menurut Kit Siang, Kerangka Kerja Dasar Bersama yang dipersetujui oleh PAS semasa membentuk PR tidak dipatuhi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kit Siang turut mengucapkan tahniah kepada Hashim atas pelantikannya sebagai Mursyidul Am PAS minggu lepas, dan menasihatinya  supaya “tidak membiarkan orang lain tentukan kenyataannya”.

Hashim dilaporkan sebagai berkata sebelum ini  bahawa PAS mahu berpatah arang dengan DAP.

Katanya, hubungan PAS-DAP tidak lagi boleh dibaiki kerana DAP memungkiri perjanjian kerjasama dengan Hadi dan tidak mahu kesilapan yang sama berulang. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.