Ribuan tunjuk perasaan di jalan raya minta Gabenor Jakarta berundur
JAKARTA: Ribuan umat Islam di Jakarta turun ke jalan raya di tengah-tengah kesibukan lalu lintas kota 11 juta jiwa itu menuntut supaya Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang lebih dikenali sebagai Ahok supaya dipecat kerana didakwa menghina Islam.
Sekitar 90 peratus daripada 245 juta rakyat Indonesia beragama Islam dan demonstrasi jalanan dianggap sesuatu yang biasa apabila mereka tidak menyenangi seseorang pemimpin.
Umat Islam berkumpul di pekarangan Masjid Istiqlal, Jakarta dan mula berarak, selepas selesai solat Jumaat semalam dengan membawa sepanduk yang bertulis ‘pencaci mesti dihukum’.
Mereka berarak menuju ke Balai Kota Daerah Khas Jakarta.
Beratus-ratus polis dan tentera ditempatkan di sekitar bangunan dewan bandar raya berkenaan bagi mengawal penunjuk perasaan.
Ahok dalam satu ucapannya pada 27 September lalu memetik ayat al-Quran dan menggunakan ayat suci itu dalam konotasi yang salah bagi menyerang pesaingnya menjelang pemilihan semula Gabenor Jakarta pada Februari ini.
Umat Islam tersinggung dengan kenyataan Ahok itu.
“Seluruh umat Islam yang meyakini kitab suci al-Quran, harus terkesan dengan penodaan yang dilakukan oleh Ahok,” katanya seperti dipetik media di sini. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment