Remaja 17 tahun lakukan 11 jenayah dalam 2 tahun
KUALA LUMPUR: Usianya baru 17 tahun, tetapi remaja lelaki itu sudah menunjukkan keberanian dan sikap cenderung melakukan jenayah.
Betapa tidak, dia mulai melanggar undang-undang pada usia 15 tahun dengan melakukan jenayah sebanyak 11 kali dalam tempoh dua tahun.
Dia nekad melakukan pelbagai jenayah termasuk mencuri kereta dan rompak bersenjata.
Kesudahannya, dia disiasat kerana didakwa terbabit dalam kes cuba membunuh.
“Remaja itu telah dihantar ke Sekolah Henry Gurney susulan kesalahan pertamanya,” kata OCPD ASP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias yang menggambarkan remaja itu sebagai pesalah bersiri dan ahli kumpulan penjenayah seperti dipetik The Star, hari ini.
Kini, remaja itu sekali lagi dikatakan terbabit dalam satu kes rompakan di Ara Damansara pada 5 Oktober.
Pada hari berkenaan, sekitar jam 3.50 pagi dua wanita diancamnya dengan parang. Video kejadian itu tersebar luas.
Pada 5.30 petang hari sama, pasukan polis melihat sebuah kereta yang digunakan dalam rompakan itu dan mengarahkan pemandunya berhenti.
Namun, pemandu itu ingkar sehingga polis mengejarnya sejauh dua kilometer.
Dia kemudiannya meninggalkan kereta itu, dan melarikan diri. Pada Selasa, dia ditahan polis di sebuah apartmen di Bandar Kinrara, Puchong. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment