Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penumpang gatal ganggu pramugari seksi diarah keluar pesawat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penumpang gatal ganggu pramugari seksi diarah keluar pesawat

WASHINGTON: Seorang penumpang lelaki diarahkan keluar dari pesawat penerbangan Alaska Airlines selepas  mengusik seorang pramugari penerbangan wanita ketika membuat demostrasi keselamatan.

Menurut Daily Mail, insiden berlaku ketika penerbangan Alaska Airlines bersiap sedia untuk bertolak landas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle Tacoma semasa pramugari cantik  dan seksi tersebut mula menunjukkan cara menggunakan jaket keselamatan.

Perkara itu dikongsi oleh salah seorang penumpang wanita, Amber Nelson melalui laman Facebooknya yang menyaksikan kejadian berkenaan, dan kini sudah mendapat hampir 10,000 ‘likes’.

Menurut Amber, salah seorang penumpang lelaki menjerit “ooh seksi” kepada krew tersebut.

Krew pesawat berkenaan kemudian melaporkan kejadian itu kepada anak kapal lain dan penumpang itu diminta turun dari pesawat tersebut.

Demostrasi keselamatan terus diganti dengan atendan penerbangan lelaki lain.

Amber berkata, selepas penumpang lain kelihatan tidak selesa dengan kejadian itu, krew berkenaan pun menghampiri lelaki itu.

“Anda perlu menunjukkan rasa hormat”, dan terus kembali menjalankan tugasnya.

Lelaki itu diarahkan turun, tetapi sempat memprotes: “Saya tak lakukan sesuatu yang salah.”

“Saya rasa terhormat sebagai penumpang syarikat pesawat berkenaan, dan sebagai wanita kerana Alaska Airlines memberi sokongan terhadap staf mereka dan kami di dalam pesawat yang dihina oleh seorang penumpang lain yang menunjukkan tingkah laku tidak hormatnya,” katanya. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.