Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bank Negara Malaysia Menegaskan Laporan “Penyeluk Saku Digital” Adalah Tidak Benar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bank Negara Malaysia Menegaskan Laporan “Penyeluk Saku Digital” Adalah Tidak Benar

Semalam, salah satu isu yang dibincangkan dengan hangat dalam arena sosial adalah berkenaan isu “Penyeluk Saku Digital” yang dikaidkan dengan kad tanpa sentuhan terbaru yang diguna-pakai oleh bank-bank tempatan. Kami telah menyangkal perkara berkenaan dan memberikan penjelasan lanjut mengenainya, dan kini pihak Bank Negara Malaysia turut telah mengeluarkan kenyataan mereka.

Menurut Bank Negara Malaysia, laporan media berkenaan adalah tidak benar. Bank Negara menambah mengatakan maklumat penting pada kad tidak boleh diambil dengan cara “electronic pick-pocketing”, selain ciri-ciri keselamatan yang terdapat padanya tidak membolehkan kad diklon atau digunakan oleh individu tertentu untuk transaksi.

Seperti biasa, Bank Negara menasihatkan untuk melaporkan kepada bank dengan segera jika kad anda dicuri atau hilang, atau sekiranya anda terdedah PIN kepada pihak ketiga atau menyedari sekiranya terdapat transaksi yang tidak dibenarkan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iOVBAx

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.