Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Ingin Memudahkan Lagi Anda Membuat Carian – Walaupun Ketika Mengalami Gangguan Talian Internet - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Ingin Memudahkan Lagi Anda Membuat Carian – Walaupun Ketika Mengalami Gangguan Talian Internet

Google Search telah menjadi salah satu sumber utama untuk pengguna membuat pencarian pelbagai perkara – termasuk berita. Dan salah satu cabaran utama pihak Google adalah untuk kekal menawarkan sokongan carian mereka walaupun mengalami gangguan talian internet – terutamanya untuk negara-negara membangun.

Sebelum ini, kita sedia melihat sejumlah pembangun hadir dengan sokongan seperti saiz aplikasi yang kecil, dan penawaran kebolehan menggunakan aplikasi walaupun ketika talian internet perlahan. Google sendiri sedia memperkenalkan fungsi Offline pada YouTube dan Google Maps.

Google Search Offline

Kini, Google turut hadir dengan penyelesaian mereka tersendiri untuk kekal menawarkan sokongan carian walaupun ketika mengalami gangguan talian. Melalui fungsi yang khusus untuk Android ini, Google akan menyimpan kata kunci yang dicari ketika anda luar-talian, dan memaparkan hasil carian berkenaan apabila pengguna berhubung kembali ke arena internet. Pengguna akan menerima notifikasi apabila hasil carian mereka tersedia.

Buat masa ini, kami belum dapat melihatnya pada peranti kami lagi. Mungkin ia diperkenalkan secara berperingkat, dan akan hadir dalam beberapa minggu lagi.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2k3nmYa

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.