Hi! Welcome Back and Stay Tune! Disebabkan kelalaian ibu bapa, kanak-kanak ni tak dapat surat beranak. Apa kesannya? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Disebabkan kelalaian ibu bapa, kanak-kanak ni tak dapat surat beranak. Apa kesannya?

Disebabkan kelalaian ibu bapa, kanak-kanak ni tak dapat surat beranak. Apa kesannya?

Musim awal tahun ni biasanya penuh dengan cerita gembira apabila anak-anak dapat masuk sekolah untuk kali pertama. Tapi dalam setengah kes, ada juga budak yang tak dapat mendaftar dan bukannya sebab tak mampu tapi sebab bukan warganegara.

Kalau betul bukan warganegara kami faham kenapa kerajaan tak kasi, tapi sebenarnya ada sesetengah kanak-kanak dilahirkan kat Malaysia cuma ibu bapa dorang tak dapatkan surat beranak masa kecil atau pun salah seorang ibu bapanya merupakan pendatang tanpa izin.

Perkahwinan antara seorang warganegara dan bukan warganegara boleh mendatangkan kesukaran melainkan mereka mendaftarkan anak kepada salah sebuah negara mereka. Gambar dari Lazada.com

Jadi kita tengok balik, macam mana benda ni boleh berlaku dan apa tindakan kerajaan dan masyarakat setempat boleh lakukan supaya anak-anak kecil ni boleh pergi belajar. Ni penting sebab sudah terdapat beberapa kes dimana kanak-kanak terbiar ni terlibat dengan aktiviti jenayah.

Kelalaian ibu bapa menyebabkan anak tak berdaftar

Kami yakin korang mesti ada status warganegara yang sah, semuanya disebabkan kedua mak ayah kita merupakan orang Malaysia dan lahir-lahir je dah ada surat beranak. So kat situ je dah mudah untuk apply IC dan macam-macam lagi.

Tapi ada setengah rakyat Malaysia takde surat beranak atau IC tau. Macam contoh orang Laut kat Sabah dimana mereka telah mendapat layanan second class (atau langsung tak dilayan oleh kerajaan), jadi kebanyakkan dari mereka tidak dibenarkan ke sekolah sebab kat atas kertas, mereka bukan rakyat Malaysia. Malah ada setengah orang bangsa India pun takde IC atau surat beranak.

Gambar dari the star.

Tu kalau orang sini, tapi kalau pekerja asing yang melahirkan anak kat Malaysia macam mana? Undang-undang Malaysia telah menyatakan semua pekerja asing dikehendaki mengambil ujian kesihatan termasuk juga ujian kehamilan. Walaupun begitu, ada juga pekerja asing yang telah mengandung sewaktu bekerja kat Malaysia dan bersalin kat sini.

Dan bila seorang pekerja asing bersalin, dia macam dah menyusahkan majikan dan orang lain. Bukan saje majikan kena tanggung flight balik ke negara asal malah kena tanggung rugi sementara nak cari pengganti. So kat situ je dah pening. Jadi takkan kita nak biarkan pekerja asing tu bersalin secara haram?

Sebenarnya ada je yang melahirkan anak mereka secara tak sah di Malaysia ni. Bergantung kepada majikan, ada yang okay je dan sanggup ambil jadi anak angkat (yang ni kami akan cerita kemudian) tapi kalau dapat majikan yang garang macam mana?

Antara kanak-kanak tanpa izin yang ditangkap bersama oleh ibu bapanya dalam operasi dari pihak berkuasa. Gambar dari The Star.

Mungkin ada yang tanya “Tak boleh kasi warganegarga kat dia ke?” Alang-alang dah lahir kat Malaysia…

Kerajaan tak tanggung kelalaian ibu bapa

Undang-undang jus soli (otomatik jadi warganegara kalau lahir kat negara tu) hanya boleh diguna pakai kalau anak kecil tu dilahirkan kat Malaysia dengan salah seorang dari ibu bapa tu adalah warga Malaysia atau pun sewaktu kelahiran anak tu, dia takde warganegara lain.

Pendaftaran anak warga asing yang baru lahir ni pula merupakan tanggungjawab ibubapa sendiri, kata Menteri Dalam Negeri. Mereka dikehendaki untuk pergi ke kedutaan masing-masing dan mendaftar ,selain dari tu Kementerian Dalam Negeri juga ada kata kerajaan Malaysia tak nak tanggung kalau seseorang tu malas untuk mendaftarkan anaknya.

Budak ni pun kecewa dengan kemalasan sesetangah ibu bapa. Imej dari memeful.com

Macam kami ada sebut kat atas tadi, ada setengah majikan atau orang Malaysia akan ambil anak angkat pekerja asing. Ni secara tak sengaja telah memberikan status ‘halal’ kat budak tu. Tapi mempunyai sijil anak angkat tak sehebat ada surat beranak atau IC sebab ni hanya memberikan hak penjagaan dan bukannya kewarganegaraan.

Jadi kanak-kanak yang bukan warganegara diambil menjadi anak angkat masih tak boleh pergi sekolah atau terima pertolongan asas seperti kesihatan. Berbeza dengan negara-negara lain, ada yang kasi keperluan asas seperti pendidikan walaupun takde kewarganegaraan manakala Singapura pula memberi hak warganegara sepenuh kat mana-mana anak angkat yang sah.

Reaksi seorang kanak-kanak bila diambil menjadi anak angkat kat Singapura. Gambar dari memeful.com

Jadi kalau nak dibandingkan kita agak tertutup juga la dalam isu ni sebab sebuah artikel dari Malaysia Today mengatakan bahawa kita ni masih  kuat menghukum bangsa lain apetah lagi yang ‘baru’ jadi warganegara. So selagi tak settle masalah tu, kita tak boleh nak sesuka hati ambil orang luar jadi warganegara.

Tapi apa je masalah kalau takde surat beranak atau kewarganegaraan? (selain dari kena tangkap dengan polis)

Kanak-kanak bukan saje boleh jadi penjenayah malah mangsa jenayah

Salah satu benda bukan warganegara tak dapat di Malaysia adalah kemudahan kesihatan seperti klinik/hospital, malah sekolah pun tak boleh masuk. Bila dah tak ke sekolah, budak-budak ni sering berpaling arah kepada meminta sedekah, malah ada yang lagi teruk…

Kanak-kanak tanpa warganegara minta sedekah. Gambar dari The Star.

Menurut sebuah laporan dari Al-Jazeera, budak-budak ni membesar samada jadi pencuri atau pun penagih dadah (salah satunya dengan menghidu gam). Tapi selain tu, UNICEF ada kata yang budak-budak terbiar ni sering menjadi mangsa dera dan gangguan seksual orang sekeliling.

Yang sedihnya kalau nak report polis pun tak boleh sebab confirm kanak-kanak tersebut akan dihantar pulang atau dicampak ke pusat tahanan. Jadi mereka akan berdiam atau melarikan diri dari rumah.

Jadi salah satu cara untuk melawan gejala ni adalah dengan memberikan mereka pendidikan yang mencukupi, kalau takye pun kasi pendidikan asas pun dah kira okay. Tapi persoalannya disini, tak kisahlah rakyat Malaysia atau pun tidak, bukan ke hak belajar tu hak individu?

Menurut Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR), pendidikan merupakan salah satu hak asasi manusia dimana ia ditabalkan kepada semua orang dan dimana-mana. So kalau nak diikutkan, semua kanak-kanak kat Malaysia ni tanpa mengira warganegara sekurang-kurangnya mendapat pendidikan pada peringkat asas macam sekolah rendah atau sekolah menengah.

Gambar dari roketkini.com

Disebabkan kesian dengan kesukaran kanak-kanak terbiar ni, ada beberapa NGO telah menampilkan diri untuk membantu.

Memastikan keselamatan kanak-kanak

Walaupun kerajaan telah menegaskan bahawa mereka takkan ambil tanggungjawab kelalaian ibu bapa yang tidak mendaftarkan anak, ni tak bermaksud semua rakyat Malaysia abaikan mereka. Macam kat Pulau Mabul, Sabah, ada beberapa insan bertanggungjawab telah membina pusat pendidikan khas untuk kanak-kanak terbiar ni.

Salah satu inisiatif tempatan untuk mengajar kanak-kanak terbiar. Gambar dari NST.

Kebiasaannya pusat pendidikan macam ni akan diajar oleh sukarelawan yang tak dibayar atau dibayar dengan upah sikit. Malah ada juga pengunjung sanggup mengambil masa untuk mengajar kanak-kanak terbiar ni. Para pelajar pula merangkumi penduduk tempatan yang takde surat beranak atau IC.  Tapi ni tak bermaksud masalah dah selesai.

Kadang-kadang pusat pendidikan ni akan diserbu oleh pihak berkuasa sebab nak tangkap budak-budak ni dan dalam setengah kes, kalau tak kena tangkap pun mereka tak nak kembali ke pusat pendidikan sebab takut kena serbu balik. Kebiasaannya, cikgu kat pusat pendidikan akan cuba bawa keluar budak-budak yang kena tangkap. Ada yang lepas, ada yang tak. Yang tak lepas tu pula akan dihantar ke pusat tahanan.

Salah satu tempat dimana kanak-kanak tanpa warganegara akan dicampak kalau kena tangkap. Gambar dari refworld.org

Untuk kanak-kanak warga asing pula, dorang pun ada pusat pendidikan mereka sendiri dan ada setengah tu siap berasrama sekali. Tapi ni tak bermaksud mereka sudah selamat, memandangkan kerajaan tak kasi pusat pendidikan tu upgrade jadi sekolah mahu pun asrama yang berdaftar, kanak-kanak tersebut masih boleh ditangkap oleh pihak berkuasa.

So kalau dah tak boleh nak pergi sekolah nak kena buat apa? Mungkin sesetengah negeri tak buat lagi tapi baru-baru ni kerajaan Kedah telah membuat satu pengecualian dimana mereka membenarkan kanak-kanak yang takde warganegara untuk pergi ke sekolah. Janji mak ayah budak tu kena daftarkan anak mereka sebelum ujian besar seperti UPSR.

Adele pun setuju dengan tindakan kerajaan Kedah. Imej dari memeful.com

Manakala kat Kota Kinabalu pula, majlis perbandaran akan membina satu tempat khas untuk kanak-kanak terbiar ni. Jadi semua sukarelawan dah ada tempat yang lebih sempurna untuk mengajar so boleh kata ada happy ending juga lah sebenarnya. Yang penting si ibu bapa kena daftar kan anak. Itu je.

Tapi bila bercakap pasal kewarganegaraan kan, ada dua perkara yang melayang kat dalam kepala kami iaitu, Projek IC dan juga PRU 13…

Pemberian warganegara kepada PATI lebih mudah?

PATI atau Pendatang Asing Tanpa Izin pernah buat nama sebelum ni sewaktu pemerintahan Tun Mahathir dan sekali lagi pada Pilihan Raya Umum 13. Berbeza dengan kanak-kanak terbiar, PATI ni sering dikaitkan dengan permainan politik dan apa yang membuatkan orang lain marah adalah pemberian IC secara mudah kepada warga asing.

Gambar dari thenational.ae

Terutama sekali sewaktu PRU 13 haritu, macam-macam cerita disampaikan oleh agensi-agensi berita tempatan. Samada betul atau pun tidak, tu kami tak boleh nak kata lah. Tapi apa yang pasti adalah, ramai mengatakan bahawa ada satu parti politik ni bawa masuk pendatang asing beramai-ramai dan diberi IC untuk mengundi parti tersebut.

Untuk kes Tun Mahathir pun sama, dia memberi penerangan bahawa IC yang diberi dulu tu adalah untuk orang Sabah yang dah lama duduk Malaysia tapi tak pernah berdaftar. Ada setengah orang kata ni merupakan satu taktik untuk meraih undian.

So kalau betul, kenapa tak kasi kat kanak-kanak juga? Malah pemberian surat beranak atau IC boleh masukkan kanak-kanak terbiar ni ke sekolah dan secara tak sengaja menghalang mereka dari aktiviti haram seperti mendadah dan merompak.

Gambar dari mynewshub.cc

Penjagaan betul mungkin boleh menguntungkan negara dari merugikan

Sekarang ni samada kanak-kanak tersebut ada surat beranak atau pun tidak, yang penting adalah mendidik dan memberi keselamatan kepada mereka. Menurut laporan dari artikel CILISOS (bff kami), pusat tahanan untuk warga asing telah buat satu tempat khas untuk kanak-kanak (bersama mak) tapi ia sebenarnya boleh tahan teruk juga la, sebab yang boleh dapat bilik khas tu pun adalah untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.

Salah satu contoh pusat tahanan untuk kanak-kanak bawah 5 tahun. Mainan pun takde. Gambardari refworld.org

Apa yang menyedihkan adalah bagi yang berumur 5 tahun ke atas, berkemungkinan mereka akan dicampak masuk ke pusat tahanan awam yang menurut laporan Amnesty International bahawa tempat tu sering sesak dengan orang.

So untuk elakkan benda-benda macam ni berlaku, kerajaan pusat mungkin boleh ikut tindakan kerajaan negeri Kedah dengan memberikan sekolah kepada kanak-kanak tersebut dan bagi pengecualian kepada mak budak tersebut. Atau pun kasi status halal yang lebih menyeluruh kepada sistem anak angkat seperti di Singapura.

Untuk yang betul-betul warga Malaysia pula, rajin kan diri pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara kat Putrajaya. Kat situ, korang boleh pergi ke counter dan tanya macam nak mengesahkan diri bahawa korang adalah rakyat Malaysia. Kalau nak buat kajian sikit macam jenis borang atau dokumen apa yang kena bawa, korang boleh tekan kat sini.



Sumbangan : SOSCILI http://ift.tt/2iNrpWA

a href='http://ift.tt/2dfzQXt' imageanchor='1' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;'>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.