Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-Kanak Terperangkap Di Dalam Rumah Terbakar, Apa Yg Dilakukan Ibu Ini Sangat MENGEJUTKAN !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-Kanak Terperangkap Di Dalam Rumah Terbakar, Apa Yg Dilakukan Ibu Ini Sangat MENGEJUTKAN !!!

Kanak-Kanak Terperangkap Di Dalam Rumah Terbakar, Apa Yg Dilakukan Ibu Ini Sangat MENGEJUTKAN !!! |Kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya tidak terbatas. Kebakaran ini telah membuktikan kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya apabila dia mengabaikan keselamatan diri untuk menyelamatkan anak-anaknya yang terperangkap dalam kebakaran.

Angel Florini, ibu kepada 3 orang anak terjaga daripada tidur dan mendapati bahawa rumahnya sedang terbakar dengan asap yang berkepul-kepul.

Dia segera bergegas untuk mencari anak-anaknya di dalam rumah yang dipenuhi asap itu. Florini kemudiannya berjaya menemui dua daripada tiga anaknya dan membawa mereka keluar dari rumah.

Selepas itu, Florini kembali ke dalam rumah yang sedang terbakar itu untuk menyelamatkan anak sulungnya, Gianna yang berumur 7 tahun.

Apabila anak-anaknya, Rosalie dan Vinny, yang masing-masing berusia 18 bulan dan 3 tahun cuba mengikutinya ke dalam rumah, Florini bertindak mengunci pintu depan dari dalam supaya mereka tidak dapat masuk ke dalam rumah tersebut.

Walaupun api naik begitu marak sekali dan asap yang berkepul-kepul membatasi penglihatannya, Florini tidak berputus asa. Apabila dia menemui anaknya, dia mendakap anaknya untuk melindungnya daripada dijilat api.

Namun begitu, sebelum ibu dan anak sempat melepaskan diri, mereka jatuh pengsan berhampiran pintu akibat terhirup kuantiti asap yang terlalu banyak.

Mujurlah seorang lelaki yang sedang memandu melalui rumah itu ternampak anak-anak Florini mengetuk pintu rumah lalu menyelamatkan ibu dan anak yang berada di dalam rumah. Kebetulannya, lelaki tersebut, Matt Burson, ialah seorang bekas anggota bomba.

Kesemua mangsa kebakaran diterbangkan ke Harbor View Medical Center untuk mendapatkan rawatan.

Independent Journal melaporkan bahawa Gianna mengalami hangus darjah kedua manakala ibunya Florini mengalami hangus darjah kedua dan ketiga pada seluruh badannya yang memerlukan graf kulit yang intensif. Betapa mulianya kasih sayang seorang ibu!

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

The post Kanak-Kanak Terperangkap Di Dalam Rumah Terbakar, Apa Yg Dilakukan Ibu Ini Sangat MENGEJUTKAN !!! appeared first on BISKUTMANIS.



Kredit : BISKUTMANIS

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.