Hi! Welcome Back and Stay Tune! Budak 3 Tahun Yang Dijumpai Bukan Anak Wanita Itu, Anak Siapa Pula? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Budak 3 Tahun Yang Dijumpai Bukan Anak Wanita Itu, Anak Siapa Pula?

Budak 3 Tahun Yang Dijumpai Bukan Anak Wanita Itu, Anak Siapa Pula?

budak3
Budak lelaki yang ditemui ditinggalkan dalam sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh, di sini, dipercayai bukan anak kepada wanita yang disangka ibunya.

Ketua Polis Daerah Tampin berkata, wanita berusia 36 tahun terbabit mendakwa Muhamad Adam berusia tiga tahun bukan anaknya tetapi anak rakannya.

Menurutnya, penemuan terbaru dalam siasatan mendedahkan wanita itu bukan ibu kandung mangsa tetapi berkemungkinan suspek mengambil upah menjaga kanak-kanak itu.

Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesahkan perkara itu. Setakat ini, Polis masih belum mengenal pasti identiti ibu sebenar mangsa.

Beberapa saksi akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Cara terakhir adalah pihak polis berkemungkinan akan melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) apabila ibu sebenar mangsa sudah dikenal pasti.

Muhamad Adam ditemui ditinggalkan di rumah itu dalam keadaan berbogel dan kelaparan. -PENMERAHDOTCOM

The post Budak 3 Tahun Yang Dijumpai Bukan Anak Wanita Itu, Anak Siapa Pula? appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.