Hi! Welcome Back and Stay Tune! Royal Caribbean Cruise Menawarkan Kerja Sebagai Penyelia Akaun Instagram Dengan Gaji Mencecah RM 16000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Royal Caribbean Cruise Menawarkan Kerja Sebagai Penyelia Akaun Instagram Dengan Gaji Mencecah RM 16000

Adakah anda seorang Instagrammer berbakat? Mempunyai kemampuan mengambil gambar yang menjana ribuan likes? Mahukan kerja sebagai penyelia akaun Instagram sepenuh masa sambil menikmati pelayaran di atas kapal mewah secara percuma? Sekiranya jawapan anda ialah ya kini pekerjaan idaman anda ditawarkan oleh Royal Caribbean Cruise.

Syarikat kapal persiaran berpangkalan di UK ini sedang mencari pelatih industri yang akan menyelia akaun Instagram mereka selama tiga minggu. Sepanjang tempoh ini mereka akan menikmati pelayaran ke New York, Caribbean, Asia dan Mediterranean. Untuk melayakkan diri anda perlu berumur 21 tahun ke atas, mempunyai bakat Instagram yang tinggi, memiliki peranti pintar dan mampu berlayar di dalam antara Jun sehingga Julai 2017.

“Temuduga” dilakukan dengan memuat naik gambar atau video percutian ke akaun Instagram anda dengan menggunakan hashtag #ExtraordinaryExplorer. Pada waktu yang sama anda akan menerima hadiah berjumlah £3000 (~RM 16500). Selamat mencuba.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2i3syWz

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.