Withings dan L’Oreal Hadir Dengan Berus Rambut Pintar
Kita sedia melihat pelbagai peranti pintar diperkenalkan yang dihubungkan ke internet – dalam mengumpulkan data dan memaparkan info yang membantu pengguna. Pada CES 2017, pihak Withings dan L’Oreal memperlihatkan sebuah berus rambut pintar.
Berus rambut pintar ini hadir dengan sebuah mikrofon terbina yang mendengar kepada bunyi memberus rambut dan mengenal-pasti kaedah seseorang pengguna menjaga rambut mereka. Selain itu, ia juga menyertakan sensor terbina untuk mengetahui daya tekanan yang dikenakan pengguna ketika memberus rambut, selain sensor untuk mengenal-pasti sama ada rambut dalam keadaan basah atau kering.
Data yang dikumpulkan boleh dilihat melalui sebuah aplikasi khusus – sekaligus mengetahui keadaan rambut pengguna. Disebabkan oleh ia dibangunkan oleh L’Oreal, maka ia akan memaparkan produk penjagaan rambut yang sesuai dengan anda berdasarkan kepada data yang dikumpulkan.
Buat masa ini, apa yang diperlihatkan adalah versi prototaip sahaja. Pihak L’Oreal mengatakan versi akhirnya akan menggunakan bulu babi – sekaligus menjadikan berus pintar ini mungkin bukan untuk dipasarkan di Malaysia.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2i5lsUH
Post a Comment