Hi! Welcome Back and Stay Tune! MacBook Pro Menyelamatkan Nyawa Pemilik Di Dalam Insiden Tembak Menembak Di Florida - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MacBook Pro Menyelamatkan Nyawa Pemilik Di Dalam Insiden Tembak Menembak Di Florida

Sebuah lagi insiden tembak menembak berlaku di Amerika Syarikat. Esteban Santiago, seorang bekas tentera melepas tembakan di Lapangan Terbang Fort Lauderdale Florida mengakibatkan kematian lima orang individu dan mencederakan lapan yang lain. Beliau dikatakan mendengar suara yang mengarahkan beliau untuk melakukan keganasan. Seorang penumpang kini mendakwa nyawa beliau diselamatkan oleh sebuah Apple MacBook Pro.

Steve Frappie yang berada di tempat kejadian cuba melarikan diri apabila tembakan mula dilepaskan. Semasa berbaring di atas lantai, Steve terasa sesuatu memukul bahagian belakang beliau. Selepas tembakan berhenti, beliau pergi ke tandas dan mendapati beg galas yang dibawa berlubang dan MacBro Pro di dalamnya mempunyai kesan tembakan. Pihak FBI kemudian mengesahkan beliau ditembak peluru yang dilepaskan oleh Esteban Santiago. MacBook Pro Steve Frappie mengalami kerosakan yang terus tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ini bukan insiden pertama peranti dikatakan menyelamatkan pemilik dari kematian. Sebelum ini  sebuah Galaxy S6 menyelamatkan nyawa serangan pengganas Paris, sebuah Huawei P8 Lite menyelamatkan mangsa rompakan dan Nokia 301 menyerap tembakan di Afghanistan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ipAfY9

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.