Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mingguan Amanz – CES 2017, Galaxy A 2017, Telefon 8GB RAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mingguan Amanz – CES 2017, Galaxy A 2017, Telefon 8GB RAM

Minggu ini menyaksikan acara CES 2017 berlangsung, memperlihatkan sejumlah fungsi baru yang mencuri perhatian ramai – terdiri daripada komputer riba, telefon pintar, dan pelbagai peranti berhubung menarik. Antaranya adalah termasuk kemaskini untuk komputer riba dengan sokongan cip Intel Kaby Lake dan NVIDIA GeForce GTX 1050 daripada pelbagai pengeluar.

Antara perkara yang mencuri perhatian adalah termasuk monitor 4K daripada Dell, telefon pintar dengan memori 8GB RAM daripada pihak Asus, perkongsian lanjut mengenai Snapdragon 835, komputer riba premium melalui Thinkpad X1 Carbon, dan juga telefon pintar Mi Mix berwarna putih daripada Xiaomi.

Di Malaysia, minggu ini menyaksikan pihak Samsung dan Oppo masing-masing hadir dengan penawaran mereka terbaru. Samsung telah memperkenalkan Galaxy A 2017 untuk pasaran tempatan, sementara Oppo pula telah memperkenalkan Oppo R9s.

Dan akhir sekali, pihak Twitter dilihat telah berkongsi akhirnya mengenai Vine, mengatakan ia akan ditamatkan pada 17 Januari kelak, dan selepas tarikh berkenaan aplikasi Vine sedia ada akan berubah kepada Vine Camera.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jh3qwm

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.