Hi! Welcome Back and Stay Tune! NVIDIA Spot Membolehkan Anda Memperluaskan Penggunaan Google Assistant Di Sekitar Rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NVIDIA Spot Membolehkan Anda Memperluaskan Penggunaan Google Assistant Di Sekitar Rumah

Google sebelum ini telah hadir dengan Google Home yang menawarkan sokongan Google Assistant – kecerdasan buatan dalam membantu pengguna mendapatkan sejumlah informasi, dan pada masa yang sama mengawal peralatan elektronik di rumah. Terkini, pihak NVIDIA pada CES 2017 turut mengumumkan integrasi Google Assistant pada NVIDIA Shield mereka.

Melaluinya, kini pengguna boleh menggunakan Google Assistant pada ruang tamu melalui kaca televisyen – dan seperti biasa, mengawal pelbagai perkara, membuat carian, berinteraksi, dan bertanya pelbagai soalan.

NVIDIA Spot

Melengkapkan pengenalan Shield baru ini, pihak NVIDIA turut memperkenalkan sebuah peranti yang dinamakan sebagai NVIDIA Spot. Ia merupakan sebuah aksesori berbentuk mikrofon untuk SHIELD, membolehkan pengguna memasangnya pada bilik dan pelbagai ruangan di rumah – dan menghubungkan ia kepada Shield. Ini sekaligus membolehkan anda bertanya dan menjawab soalan anda daripada Google Assistant dimana-mana sahaja anda berada di rumah, selain mengawal pelbagai peralatan elektronik pintar dengan mudah.

NVIDIA Spot ini akan dipasarkan dalam masa beberapa bulan lagi pada harga $49.99 (~RM224).






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2i2IYhB

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.