Cara gunakan KWSP anda untuk beli paling kurang 2 biji rumah tahun ini
Tak sudah-sudah orang mengadu susah gila nak beli rumah dekat Malaysia sekarang.
Tak mustahil korang untuk beli 2 biji rumah tahun ni kalau tau caranya.
Tok ada berita baik untuk korang yang masih bekerja, dan dah bekerja paling kurang 5 tahun ke atas.
Ada tak korang periksa berapa jumlah yang terkumpul dalam KWSP? Jumlah yang ada tu boleh bantu korang realisasikan impian yang Tok baru cakap tadi.
Tok sarankan korang hadam perkongsian ilmu yang Tok baca dekat blog LoanStreet ni.
4 benda best yang anda boleh buat dengan KWSP bila beli rumah
#1: Keluarkan duit untuk membeli rumah (baru atau sub sale), atau membina rumah
Berikut adalah jenis-jenis hartanah yang layak dibeli dengan KWSP korang:
- Rumah banglo,
- Rumah teres,
- Rumah bekembar (semi-detached),
- Apartmen,
- Kondominium,
- Studio (apartmen),
- Service apartment,
- Townhouse,
- SOHO,
- atau lot kedai dengan unit kediaman (yang dijual oleh pemaju, individu, atau melalui lelongan awam).
Korang boleh pergi ke mana-mana cawangan KWSP untuk hantar borang KWSP 9C (AHL) (D5) Withdrawal Form, bersama dokumen sokongan lain untuk memohon.
Nota tambahan: Borang dan dokumen ini juga boleh dihantar guna perkhidmatan pos.
Dokumen sokongan yang korang perlu sediakan adalah:
- SPA (Sales and Purchase Agreement),
- Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (Housing Loan Approval Letter), atau Loan Facility Agreement.
Nota tambahan: Abaikan dokumen Housing Loan Approval Letter kalau korang beli rumah itu secara tunai.
Dalam kebanyakan kes, korang kena selesaikan kos pendahuluan terlebih dulu sebelum buat permohonan ini.
Antara contoh kos pendahuluan yang terlibat seperti:
- Kos tempahan (booking cost) dan wang pendahuluan untuk rumah,
- Kos guaman dan duti setem untuk surat SPA (Perjanjian Jual Beli),
- Dapatkan (sekurang-kurangnya) surat kelulusan pinjaman perumahan.
“Ada tak sebarang had untuk pengeluaran?”
1) Wang daripada EPF (Akaun 2) boleh digunakan untuk membayar beza harga antara harga rumah (berdasarkan harga SPA) dan jumlah pinjaman perumahan, sehingga 10% tambahan ke atas harga rumah.
Jadi, kalau korang berjaya dapatkan 100% pinjaman, jumlah maksimum yang boleh korang keluarkan adalah sebanyak 10% daripada harga rumah yang nak dibeli tu.
2) Kalau rumah itu dibeli secara tunai, korang boleh tarik balik harga rumah itu sehingga 110%.
3) Sebarang jumlah pengeluaran tertakluk kepada jumlah wang yang terkumpul dalam akaun EPF (Akaun 2) pemohon (atau “joint account”).
Syarat-syarat kelayakan untuk pengeluaran KWSP
- Pengeluaran untuk membeli rumah pertama,
- Pengeluaran untuk membeli rumah kedua (dengan syarat rumah pertama dijual, atau pelupusan harta telah dibuat).
Korang boleh lihat senarai penuh Terma dan Syarat, serta senarai dokumen sokongan yang perlu korang sediakan dengan klik pautan kat bawah ini:
#2: Keluarkan duit untuk kurangkan atau tebus baki loan rumah yang anda buat
Penyimpan boleh keluarkan wang dalam EPF (Akaun 2) untuk kurangkan, atau menebus baki pinjaman perumahan yang ada (bergantung kepada institusi kewangan yang diluluskan).
Korang boleh buat pengeluaran ini untuk pembelian hartanah melalui individu, pembelian bersama (joint purchases), atau pinjaman perumahan untuk pasangan korang.
Untuk memohon, sediakan:
- penyata terkini Baki Pinjaman Perumahan (Housing Loan Balance Statement) yang tak lebih daripada 3 bulan dari tarikh permohonan,
- Surat Penebusan Pinjaman (di mana pembiayaan semula telah dilakukan sebelum ini).
Permohonan ini sama seperti yang sebelum ini. Ia boleh dibuat dengan berkunjung ke cawangan KWSP terdekat, dan hantar borang KWSP 9C (AHL) (D5) Withdrawal Form (beserta dokumen sokongan), atau hantar gunakan perkhidmatan pos.
“Ada tak sebarang had untuk pengeluaran?”
- Jumlah yang boleh dikeluarkan bergantung kepada keseluruhan jumlah baki pinjaman yang ada,
- Sebarang jumlah pengeluaran tertakluk kepada jumlah wang yang terkumpul dalam akaun EPF (Akaun 2) pemohon (atau joint account).
Syarat kelayakan untuk pengeluaran
- Untuk kurangkan (atau menebus) baki pinjaman untuk hartanah pertama yang dibeli.
- Untuk kurangkan (atau menebus) baki pinjaman untuk hartanah kedua (dengan syarat, hartanah pertama telah dijual atau dilupuskan).
Nota tambahan: Untuk lihat syarat dan terma yang lengkap dan borang permohonan, sila klik sini.
#3: Keluarkan duit untuk bayar ansuran bulanan loan rumah
Skim ini pula dilihat sebagai tambahan kepada skim sebelum ini (pengeluaran untuk kurangkan, atau menebus baki pinjaman perumahan).
Korang boleh setkan EPF (Akaun 2) untuk bayar terus kepada pihak bank yang korang buat pinjaman.
Apabila korang dah set seperti ini, ia hanya boleh dibatalkan selepas 1 tahun selepas pengeluaran awal.
Ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Pembatalan Pengeluaran (Withdrawal Cancellation Application Form).
Untuk skim ini, sediakan Penyata Baki Pinjaman Perumahan terkini (yang tak lebih daripada 1 bulan dari tarikh permohonan) semasa membuat permohonan.
korang boleh ke mana-mana cawangan KWSP dan hantar borang KWSP 9P (AHL) Withdrawal Form bersama dokumen sokongan.
Nota tambahan: Untuk lihat syarat dan terma yang lengkap dan borang permohonan, bleh layari laman web KWSP, atau klik sini.
#4: Dapatkan margin pinjaman rumah yang lebih tinggi
Skim ini pula dapat membantu korang yang nak memohon nilai pinjaman yang lebih tinggi (melebihi syarat kadar pinjaman yang layak korang dapat).
Korang boleh memohon kepada KWSP untuk ketepikan jumlah tertentu daripada EPF (Akaun 2), untuk dimasukkan dalam Flexible Housing Withdrawal Account.
Caruman bulanan ke akaun ini dianggap sebagai pendapatan kepada orang yang memohon.
Ini melayakkan korang dapatkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi untuk membeli (atau membina) rumah.
Selain menetapkan jumlah tertentu untuk dipindahkan daripada EPF (Akaun 2) setiap bulan, korang juga boleh memohon untuk pemindahan initial lump sum daripada akaun ini.
Apa yang berlaku dalam Flexible Housing Withdrawal Account ini?
Wang dalam akaun ini masih tertakluk kepada inidividu (penyimpan) dan ia dalam kawalan KWSP.
Ia tak diberikan kepada pihak bank, dan akan terus mendapat dividen daripada EPF.
Tapi, dana dalam akaun ini tak boleh diakses oleh individu sehingga keadaan khas tertentu dipenuhi terlebih dulu.
Salah satu contoh adalah kebenaran dan kelulusan daripada pihak bank untuk “mencairkan” wang ini.
Secara tipikalnya, pihak bank akan bersetuju untuk perkara ini apabila pendapatan sebenar individu itu ditambah dengan amaun yang dipindahkan ke EPF (Akaun 2) setiap bulan.
Selain itu, permohonan untuk “mencairkan” wang dan hentikan sebarang pemindahan dana pada masa hadapan kepada Flexible Housing Withdrawal Account hanya boleh dibuat 1 tahun selepas permohonan.
Macam mana nak memohon?
1) Bagitahu institusi kewangan (yang kita buat pinjaman) tentang Flexible Housing Withdrawal Account ini semasa proses permohonan. Kemudian, dapatkan pengesahan daripada institusi kewangan tentang maklumat pinjaman.
2) Kemukakan permohonan ini melalui institusi kewangan (bank) yang kita pilih.
3) Pengeluaran Flexible Housing Withdrawal ini wajib kita gunakan bersama dengan:
- Pengeluaran EPF untuk membeli (atau membina rumah), ATAU
- Pengeluaran EPF untuk kurangkan (atau selesaikan) baki pinjaman perumahan.
Nota tambahan: Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web KWSP. Atau klik sini.
—
Tok nak minta tolong korang SHARE dan panjangkan manfaat artikel ni kepada yang lain. Tak kira kawan-kawan, pakcik makcik, saudara-mara korang, atau lain-lain orang.
Seronok, kan? Boleh je nak beli rumah dengan mudah kalau tau cara yang betul.
Dengan perkongsian macam ni, Tok percaya lebih ramai orang yang akan dapat beli rumah tahun ni – termasuk korang yang tengah baca ni.
“Tapi Tok, macam mana saya nak beli rumah kalau duit deposit pun takde?”
Tok jawab balik soalan korang tu dengan soalan ni:
“Kenapa korang perlu takut beli rumah kalau takde modal yang banyak?”
12 otai ni dah tunjukkan cara mereka beli rumah dengan modal yang sangat minima. Semuanya ada dalam eBook ini.
Klik link bawah ni untuk beli eBook sekarang.
>>> KLIK SEKARANG UNTUK BELI eBOOK “TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?” <<<
The post Cara gunakan KWSP anda untuk beli paling kurang 2 biji rumah tahun ini appeared first on GilaHartanah.com.
Sumber : GilaHartanah.com http://ift.tt/2hLHuwX
Post a Comment