Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo ThinkPad X1 Yoga Dan X1 Carbon 2017 Turut Dilancarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo ThinkPad X1 Yoga Dan X1 Carbon 2017 Turut Dilancarkan

Selain Lenovo ThinkPad X1 Tablet, komputer riba ThinkPad X1 Yoga dan X1 Carbon turut dikemaskini untuk tahun 2017. Dua model baru ini baru sahaja diumumkan sempena acara CES yang sedang berlangsung di Las Vegas. Kita mulakan dengan ThinkPad X1 Yoga terlebih dahulu.

Lenovo ThinkPad X1 Yoga ialah komputer tablet 2 dalam 1 yang dengan skrin 14″. Tiga pilihan skrin diberikan iaitu OLED WQHD, LCD WQHD dan LCD HD Penuh. Kesemuanya dengan sokongan sesentuh. Pemproses Intel Core i7 generasi ke-tujuh digabungkan dengan RAM sehingga 16 Gigabyte DDR3 dan storan SSD sehingga 1 Terabyte.

Kamera hadapan dengan teknologi Intel Real Sense 3D disertakan yang menyokong sistem Windows Hello. Pengimbas cap jari juga disertakan. Sebuah stylus disertakan dengan tempat simpanan terbina pada sisi peranti. Bateri yang digunakan mampu memberikan kuasa sehingga 13 jam dengan sokongan pengecasan pantas. Terdapat juga dua port Thunderbolt 3 USB-C, 3 port USB-A , HDMI, RJ45, pembaca kad MirosSD dan nano SIM. ThinkPad X1 Yoga akan mula dijual Februari hadapan pada harga bermula $1499 (~RM 6740) sebuah.

Lenovo ThinkPad X1 Carbon ialah komputer riba dengan skrin 14″. Dua pilihan skrin diberikan iaitu LCD WQHD dan LCD HD Penuh. Kesemuanya dengan sokongan sesentuh. Pemproses Intel Core i7 generasi ke-tujuh digabungkan dengan RAM sehingga 16 Gigabyte DDR3 dan storan SSD sehingga 1 Terabyte.

Bateri yang digunakan mampu memberikan kuasa sehingga 15.5 jam dengan sokongan pengecasan pantas. Terdapat juga dua port Thunderbolt 3 USB-C,2 port USB-A , HDMI, RJ45, pembaca kad MikroSD dan nano SIM. ThinkPad X1 Carbon akan mula dijual Februari hadapan pada harga bermula $1349 (~RM 6060) sebuah.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iyCqcF

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.