Dell Memperkenalkan XPS 13 Dengan Rekaan Hibrid 2-dalam-1
Lanjutan daripada ketirisan kelmarin, kini pihak Dell telah pun secara rasminya memperkenalkan XPS 13 2-dalam-1 mereka secara rasminya, sekaligus bersaing dengan lebih aktif dalam arena komputer riba berbentuk hibrid.
Dell XPS 2-dalam-1 ini membawakan rekaan premium lebih kurang sama seperti XPS 13 sebelum ini, disamping pada masa yang sama mengekalkan rekaan bingkai skrin yang nipis, dipanggil Infinity Edge. Membezakannya dengan model sebelum ini adalah penyertaan engsel yang membolehkan skrin diputarkan 360-darjah, sekaligus menawarkan penggunaan dalam beberapa mod berbeza – termasuk sebagai sebuah tablet.
Komputer riba ini juga kini menyertakan cip pemprosesan Intel Core generasi ketujuh dalam variasi i5 dan juga i7. Selain itu, ia dilengkapi memori sehingga 16GB RAM dan ruangan storan SSD sehingga 1TB.
Untuk tujuan sekuriti tambahan, Dell menyertakan sokongan pengimbas cap jari yang diintegrasikan melalui Windows Hello. Ia juga menyertakan kamera infra-merah untuk sokongan Windows Hello yang akan diaktifkan pada masa akan datang.
Dell XPS 13 2-dalam-1 ini menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 15 jam lamanya. Ia akan dijual di Amerika Syarikat bermula minggu ini, dan mungkin akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iYp6NL
Post a Comment