Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Melancarkan Mesin Basuh Dan Pengering FlexWash FlexDry Empat Dalam Satu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Melancarkan Mesin Basuh Dan Pengering FlexWash FlexDry Empat Dalam Satu

CES 2017 akan bermula esok dan beberapa alatan elektronik telahpun diumumkan beberapa hari lebih awal. Samsung hari ini mengumumkan mesin basuh dan pengering empat dalam satu berteknologi FlexWash dan FlexDry mereka. Mesin basuh FlexWash menggabungkan dua mesin basuh di dalam satu. Ruang basuhan pertama diisi dari hadapan dengan kapasiti lima kaki padu. Ruang basuhan kedua diisi dari atas dengan kapasiti satu kaki padu.

Kedua-dua ruang basuhan ini boleh berfungsi serentak dengan dua sistem basuhan berbeza. Ini mengurangkan masa basuhan setiap minggu. Mesin pengering FlexDry turut mempunyai dua ruang pengering. Ruang pertama yang diisi dari hadapan mengering dengan memutar baju seperti mesin pengering biasa. Ruang kedua pada bahagian atas pula mengering dengan menghembus udara panas sehingga 35 darjah Celsius untuk mengering tanpa mengomotkan baju. Kedua-dua mesin FleWash dan FlexDry ini dijual sebagai satu sistem lengkap. Tiada maklumat mengenai harga jualan setakat ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2j20WWC

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.