Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dera Tahfiz Johor:Di Sebat Ketika Bersujud - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dera Tahfiz Johor:Di Sebat Ketika Bersujud

loading…
loading…
Dera Tahfiz Johor:Di Sebat Ketika Bersujud
Pelajar tersebut mempunyai darah beku dan terkena jangkitan kuman hingga merebak ke bahagian buah pinggang dan merosakkan fungsi buah pinggang. 

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar lelaki di sebuah pusat madrasah swasta di Kota Tinggi Johor, terpaksa menanggung kecacatan kekal apabila kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pihak hospital selepas didapati mengalami pendarahan dan luka dalaman serta jangkitan kuman.

Mohamd Thaqif Amin Mohd Gadaffie, 11, yang kisahnya tular di Facebook sejak semalam dipercayai mengalami kesakitan di bahagian kaki sejak dua minggu lalu selepas disebat oleh pembantu warden.

Ibu mangsa, Felda Wani Ahmad, ketika ditemui memberitahu, anak ketiganya itu dimasukkan ke madrasah tersebut pada 27 Januari dengan rela hati kerana mahu mendalami ilmu al-Quran dan memasang cita-cita untuk menjadi  seorang tahfiz.

Pada awal sesi pembelajaran jelasnya, Mohamad Thaqif sangat gembira ditempatkan di madrasah itu, namun keadaan bertukar suram apabila anaknya sering meminta kepada keluarga untuk pulang ke rumah kerana dakwanya takut disebat oleh pembantu warden pada setiap malam.

Menurut Felda Wani, anaknya pernah mengadu bahawa setiap malam kesemua pelajar akan dipanggil untuk disebat sebanyak lima kali di tapak kaki.

“Ketika dia balik, dia ada cerita dengan saya. Saya tanya macamana kena. Dia memberitahu bahawa semua orang kena. Saya tidak boleh bayangkan.

“Dia cakap (mereka) dalam keadaan sujud dan (kena sebat) di tapak kaki. Saya tanya pakai apa, dan dia cakap guna getah paip warna kuning dan hijau,” jelas Felda Wani.

Susulan kejadian itu, membuatkan mangsa tidak tahan untuk meneruskan pembelajaran dan mengambil keputusan untuk berhenti di madrasah itu pada 31 Mac lepas.

Lebam kemerahan

Felda Wani berkata, keadaan kesihatan anaknya itu semakin merosot setelah dibawa keluar daripada pusat tahfiz berkenaan sebelum dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Rabu lalu.

Kedua-dua kaki anaknya menjadi lebam kemerahan dan doktor yang merawat mengatakan terdapat darah beku dan jangkitan kuman yang telah merebak ke buah pinggang.

Felda Wani yang merupakan seorang guru di sekolah rendah di Kota Tinggi berkata, dia masih menunggu laporan perubatan bagi mengetahui sama ada kejadian yang menimpa anaknya itu adalah kesan daripada hukuman sebat berkenaan.

Beliau dan keluarga yang tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang turut membuat satu laporan polis di Balai Polis Ulu Tiram pada 19 Mac lalu.

Siasat dahulu

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memanggil pembantu warden tersebut bagi membantu siasatan berkenaan.

Katanya, pihaknya juga akan mendapatkan laporan perubatan daripada hospital berkenaan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat menerusi kenyataan media memberitahu bahawa Mohamad Thaqif dimasukkan ke wad HSI dan kini berada dalam keadaan kritikal.

Pihak hospital sedang membuat siasatan lanjut sama ada pesakit juga kebetulan mempunyai penyakit lain kerana keadaan penyakitnya tidak hanya terhad kepada tempat yang dinyatakan disebat itu.

Jelasnya, pelajar tersebut mempunyai darah beku dan terkena jangkitan kuman hingga merebak ke bahagian buah pinggang dan merosakkan fungsi buah pinggang.

Masalah pembekuan darah bukan sahaja di kaki, tempat yang dikatakan dipukul, malah turut terdapat di tangan.

Sehingga kini, kaki pesakit telah dipotong dan dialisis sedang dilakukan.

Ayub memberitahu, pihak hospital dan pihak terlibat sedang menyiasat dan sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik dan sebaiknya untuk pesakit.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

The post Dera Tahfiz Johor:Di Sebat Ketika Bersujud appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p6uwMH

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.