Hi! Welcome Back and Stay Tune! Henti niaga solat Maghrib perkara mudah! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Henti niaga solat Maghrib perkara mudah!

Pemuda Pas Negeri menyokong penuh tindakan kerajaan menghentikan seketika perniagaan di waktu Maghrib bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pembeli untuk menunaikan solat dan sebagainya.

Timbalan Ketua Pemudanya, Nor Azariza Md Alawi berkata, tindakan tersebut adalah amat bertepatan dengan konsep negeri Serambi Mekah yang diterapkan di Kelantan.

“Saya yakin, selepas ini negeri lain akan turut serta menyokong dan praktikkan di tempat mereka.  Ia tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada peniaga dan pembeli. Sebenarnya ia memberi ruang yang cukup baik kepada peniaga untuk berhenti solat, dan pembeli merancang masa untuk keluar membeli.

“Sangat mudah, hanya 15 minit, sedangkan 15 minit itu sebenarnya cukup bermakna untuk berehat seketika, solat dan sambung berniaga,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menurutnya, kekeliruan yang ditimbulkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan peniaga bukan Islam itu sebenarnya hanya ‘menunggu’ isu yang sesuai bagi memecah-belahkan hubungan baik kerajaan negeri dengan masyarakat bukan Islam negeri ini.

Beliau berkata, sedangkan hakikatnya masyarakat bukan Islam disini sudah sebati dengan ajaran yang telah ditinggalkan arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini iaitu menghormati agama yang ada sekeliling masyarakat kita.

“Sebagai contohnya, sebelum ini banyak idea-idea kerajaan negeri yang dikatakan tidak masuk akal, dimomok sehingga pelbagai pandangan serong dilemparkan kepada kerajaan negeri. Namun kita dapat lihat sendiri, setelah keberkesanan idea tersebut terbukti, akhirnya kerajaan pusat sendiri mengambil pakai idea tersebut.

“Ini buktinya kita bertindak mengikut pemikiran waras, melibatkan agama, bangsa, untuk keharmonian masyarakat yang ada di negeri ini. Masyarakat bukan Islam di negeri ini sudah mendapat gambaran jelas tentang segala aturan, arahan yang berkaitan dan mereka tidak mempunyai masalah untuk sama-sama meraikannya walaupun ada di antaranya yang tidak berkaitan dengan mereka,”katanya.

The post Henti niaga solat Maghrib perkara mudah! appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2odtrDO

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.