Miera, Shahz Jaszle lupa sengketa
Tiada dendam.
Begitulah yang ditegaskan oleh aktres, Miera Liyana dan aktor, Shahrizal Jaszle atau sebelum ini dikenali dengan nama Shahz Jaszle, selepas masing-masing bertemu pada majlis tayangan filem Lebuhraya Ke Neraka.
Filem yang menjalani penggambaran pada 2011 ini dikatakan menjadi antara punca timbulnya bibit-bibit percintaan pasangan ini, sebelum mereka berpisah pada Februari 2015, setelah lima bulan bersama.
Menurut Miera, dia juga telah melupakan segala sengketa yang pernah berlaku antaranya dan Shahrizal, serta bersedia untuk digandingkan dalam mana-mana drama mahupun filem.
“Industri kita ini kecil saja, jadi tak guna juga nak bermasam muka atau bermusuhan, kerana lambat laun kita akan berjumpa juga.
“Tadi pun (semalam), masa mula-mula jumpa, kami dan bertegur sapa.
“Sebenarnya tiga bulan lepas kami berpisah, kami ada bergandingan dalam drama Harapan. Jadi kalau ada tawaran untuk kami berlakon lagi selepas ini, saya ok sahaja,” jelasnya.
Shahrizal yang ditanya soalan sama mengenai hubungannya dengan Miera turut menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan bekas teman wanitanya itu.
“Saya rasa dah tak ada apa-apa isu lagi. Kalau berlakon bersama pun saya ok,” ujarnya ringkas.
The post Miera, Shahz Jaszle lupa sengketa appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pNvvlH✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment