Hi! Welcome Back and Stay Tune! Waran Tangkap Nelydia Senrose - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Waran Tangkap Nelydia Senrose

Pelakon Nelydia Senrose dikenakan waran tangkap kerana gagal menghadirkan diri bagi prosiding kesnya dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendaki beliau mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran iaitu bermula 2009 sehingga 2013.

Selain itu, Nelydia turut menghadapi satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, saman itu telah diserahkan kepada tertuduh pada 11 April lalu yang mengkehendakinya menghadiri sesi sebutan kes itu pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor.

“Namun tertuduh ataupun wakilnya gagal hadir ketika sebutan kes berlangsung,” kata LHDN.

 Susulan itu, LHDN berkata peguam Hasil Nurulsheeda Mohd Yahaya memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh dan dibenarkan Majistret P. Sarulatha.

Majistret turut menetapkan tarikh baru sebutan kes itu pada 24 Mei ini, kata LHDN.

Info;

Nelydia Senrose dilahirkan pada 30 Julai 1994 dan merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik. Ibu bapanya adalah Siam dan Melayu. Dia berasal dari Kota Bharu, Kelantan, dan menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Kakak Nelydia Senrose iaitu Uqasha Senrose juga seorang artis dan bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose ialah merupakan adik kepada Nelydia Senrose dan juga merupakan seorang model

Nelydia Senrose atau Nelly mula berlakon pada usia 13 tahun. Pada masa itu, dia memainkan peranan sebagai anak perempuan, Melissa dalam Spa Q 1.[5] Sejak itu, beliau aktif muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Spa Q, Chef Cinta, Datin Wannabe, dan Setia Hujung Nyawa.

The post Waran Tangkap Nelydia Senrose appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2odi7HU

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.