Luhan Respon Dakwaan Ada Anak Luar Nikah
Baru-baru ini heboh mengenai penyanyi dan pelakon popular, Luhan 27, dikatakan mempunyai anak luar nikah.
Spekulasi tersebut timbul selepas sebuah blog paparazzi berpengaruh di China, Zhou Wei, mendakwa bekas aggota kumpulan EXO ini sudah mempunyai kekasih dan hasil hubungan mereka telah dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun dakwaan tersebut disangkal oleh pihak pengurusan bintang yang pernah diiktiraf Guinness World Records sebagai artis yang mendapat komen paling banyak di laman sosial Weibo (Most Comments on a Weibo Post) ini.
Selepas agak lama berdiam, akhirnya Luhan tampil bukan memberi penjelasan sebaliknya amaran serta sindiran pedas ditujukan khas kepada penulis laman gosip tersebut.
“Ada pihak telah menyebarkan berita yang tidak masuk akal. Saya akui anda (paparazi terbabit) adalah orang nombor 1 di China. Anda memang nombor 1. Saya akui itu. Kamu semua pasti tahu kan siapa yang sedang aku katakan. Saya kagum. Serius saya kagum,” katanya dalam satu wawancara.
Kemudian dengan nada ceria dia menyindir, “Pada mulanya saya sangat marah. Saya mahu mencari mereka. Tapi apa yang boleh saya buat? Apa yang boleh mereka lakukan? Mereka hanya mampu melakukan ini (sebar gosip), kan. Saya akan memberi mereka hadiah melalui lagu baru saya,” tuturnya
Terdahulu, Luhan pernah membuat kenyataan berani dengan menyatakan bahwa lirik singlenya yang berjudul Roleplay memang ditujukan kepada para paparazzi.
“Kau adalah laki-laki gila. Saya akan beri hadiah lagu ini, “Buat lagi.. aku akan kunci mulut kau.”, tegas Luhan sambil memetik bait-bait lirik lagu tersebut.
The post Luhan Respon Dakwaan Ada Anak Luar Nikah appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ofqFOa✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment