Hi! Welcome Back and Stay Tune! Impian Datuk Seri Vida Nak Ada Saluran TV Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Impian Datuk Seri Vida Nak Ada Saluran TV Sendiri

Baru-baru ini Kakigosip sempat bertemu dengan Datuk Seri Vida semasa majlis sambutan ulang tahun pertama tonton VIP.

Bakal merancang untuk mengadakan konten realiti sendiri di platform tersebut, ditanya adakah anak-anak tidak kisah kerap ditayangkan selalu di televisyen? Datuk Seri Vida menyifatkan itu satu perkara yang positif.

“Mereka ok saja sebab nak berikan sokongan kepada saya dan mereka pun sudah ada peminat-peminat tersendiri.

“Anak-anak saya pun turut mengakui meminati bidang bisnes, jadi mungkin boleh buat segmen bisnes cilik,” ujarnya.

Kalau kita perhatikan sekarang memang ramai selebriti yang sudah mendedahkan anak-anak mereka menerusi landasan program realiti TV. Malah, anak-anak selebriti ini punya lebih ramai peminat daripada sesetengah artis yang lain.  Maklumlah, anak kecil kan cute.

Sebagai contoh anak kepada pasangan popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana ada program Little Princess Ecah. Manakala pengacara terkenal, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, Lara Oh Lara.  Mungkin selepas ini akan muncul lagi beberapa program khas untuk anak selebriti.

Selain daripada kisah anak, Datuk Seri Vida juga ada menyatakan bahawa dia bercita-cita mahu mewujudkan saluran TV sendiri.

Oleh itu dia kini dalam peringkat belajar.  Namun sebelum itu, buat masa ini dia mahu berikan sepenuh tumpuan terhadap dunia perniagaan kecantikan dan kesihatannya terlebih dulu sebelum melangkah jauh dalam dunia penyiaran pula.

“Sebenarnya saya sejak kecil sampailah sekarang, memang saya teringin sangat nak ada channel sendiri. Walaupun bunyinya kelakar, tetapi menerusi saluran sendiri saya itu, saya boleh kongsikan macam-macam tentang perihal kehidupan seharian saya kepada semua orang.

“Bukan saya nak menunjuk tetapi nak berkongsi ilmu.  Jadi bila ada channel sendiri mereka boleh tonton puas-puas dan belajar macam mana nak berjaya dalam bidang bisnes ini,” katanya bersemangat.

InsyaAllah, semoga segala impian Datuk Seri Vida ini menjadi kenyataan suatu hari nanti.

The post Impian Datuk Seri Vida Nak Ada Saluran TV Sendiri appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oRXX4J

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.