Saya Sakit Bawah Dan Pinggang!! Ppelajar Perempuan Tak Sempat Ambil PT3!!
Lahir pada 21/04/2017. Ibu dan bayi selamat. Ibu berusia 15 tahun, belum sempat ambik PT3.Hari ini ada program ukhuwwah dari pelajar dan guru guru SMA Ad Diniah, Parit Subari, Muar, Johor. Sedang program berlangsung, datang seorang penghuni Baitus Solehah, bersimpuh depan saya,
” ummi, saya sakit.” Menagis. Sambil pegang perutnya.Saya pegang dan usap perutnya. “Sakit macamana?” Ya lah, budak, mana tahu sakit nak beranak tu macamana. Rasa kasihan dan simpati.” sakit bawah ni dan pinggang ni.””Ada keluar tanda?””Tak ada.”
Jalan jalan dulu, sambil istigfar dan selawat.” Bangun dia semula dan jalan jalan. Menurut kata. Selama tinggal dengan Saya, tidak pernah membantah apa yang disuruh. Rajin bertanya jika tidak pasti untuk melakukan sesuatu.Saya masak kari kambing hari ini.
Duduk setalam dengan kawan kawan makan nasi. Kemudian solat zuhur.Sekali lagi datang jumpa saya, bagitahu sakit. “Sabarlah. Jalan baru nak buka. Sakit tu sebab tulang punggung nak terbuka, pengecutan dengan pengembangan . Ambik masa laluan nak buka. Kalau kita pergi awal, jalan baru 1cm, nanti doktor suruh balik. Tanda pun belum ada. Kalau tanda dah ada, bagitahu ya.”
Akur dia berjalan ulang alik di balkoni tepi . Saya perhatikan. Saya suruh dia tengok jam, berapa tempoh gelombang sakit dan reda supaya kita boleh anggarkan masa untuk menghantar. Bila tempoh contraction menjadi 5 minit, saya suruh lihat sudah ada tanda atau belum.
Selepas keluar dari tandas, dia bagitahu sudah ada tanda darah. Saya suruh dia terus berjalan perlahan sambil istigfar. Hingga dia rasa sangat sakit dan dah tak larat nak berjalan, terus dihantar ke hospital. Kami hantar dalam pukul 4.00 petang. Ditemani oleh 2 orang rakan .
Sampai di Bilik Saringan OS sudah buka 8 cm. Terus ditolak ke Dewan Bersalin. Pukul 6.00 petang selamat melahirkan anak lelaki dengan berat 2.4 kg. Alhamdulillah, telah selamat dan dipermudahkan.
Selepas melahirkan ibu dan bayi diberikan 2 jam tempoh bonding di Dewan Bersalin, kemudian ibu dihantar ke Pusat Bersalin dan bayi ke Wad Bayi.
Oleh kerana esok , Sabtu cuti hujung minggu, hari Ahad baru boleh urus jaminan keluar wad. Dapatlah ibu berehat 2 hari di Wad setelah seminggu sakit sakit tetapi tidak berlarutan. Selagi tidak ada anak disisi dapatlah ibu berehat dan tidor malam.
Esok hari Ahad, apabila selesai jaminan, jika ibu dan bayi sehat, barulah bawa ibu dan bayi pulang.Alhamdulillah . Semoga Allah permudahkan urusan dunia akhirat.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2owHHDG✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment