1,852 anggota baharu PGA disasar tamat latihan asas, awal tahun depan
Gambar hiasan |
TAWAU - Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Mohamad Sabtu Osman menyasarkan 1,852 anggota baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara dapat menamatkan Latihan Kursus Asas PGA selewatnya, awal tahun hadapan.
Beliau berkata, latihan itu penting kerana menerusinya, anggota PGA akan dilatih dengan kemahiran asas teknik penugasan PGA dalam aspek peperangan menentang insurgensi, peperangan konvensional dan ketenteraman awam.
"Tahun ini kami cuba melatih 800 anggota bagi siri 1, 2 dan siri 3 di Pulapol, Sarawak dan baki anggota kami harap dapat latih pada tahun hadapan.
"Asas PGA ini adalah wajib supaya mereka ini tahu ilmu peperangan di hutan untuk melengkapkan diri mereka kerana mereka ini anggota baharu," katanya
berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat sempena lawatan kerja beliau ke Batalion 14 PGA Tawau di sini, hari ini. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qNFYM7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment