Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 Lelaki Ditahan Samun, Cederakan Pekerja Pusat Permainan Keluarga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 Lelaki Ditahan Samun, Cederakan Pekerja Pusat Permainan Keluarga

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat kes seorang pekerja pusat permainan dan hiburan keluarga cedera dalam kejadian samun di Bandar Perda di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pekerja berusia 43 tahun itu cedera akibat ditikam ketika bergelut dengan dua lelaki terbabit pada 5.45 pagi dan kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Polis menahan dua lelaki berusia 34 dan 35 tahun itu di Bandar Perda pada 5 petang hari yang sama dan merampas wang tunai serta sebuah telefon bimbit milik pekerja itu daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu, yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit dan ejen insurans, mempunyai rekod jenayah dan dadah selain dipercayai terlibat sekurang-kurangnya 10 kes samun dan mencederakan mangsa di daerah SPT sejak awal tahun ini, katanya hari ini.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata polis menahan empat remaja lelaki berusia 15 hingga 17 tahun disyaki geng curi motosikal yang aktif di sekitar daerah SPT dan Seberang Perai Utara dalam serbuan di Seberang Jaya dan Permatang Pauh di sini, semalam.

“Dalam serbuan pertama polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah motosikal sebelum menahan dua lagi rakan mereka serta menemui dua motosikal yang dilaporkan dicuri baru-baru ini.

“Kami juga merampas pelbagai rangka kenderaan itu dan komponen motosikal yang dibuang dalam Sungai Sembilang di sini,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4cVUR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.