Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ayumi Hamasaki sah pekak sepenuhnya kedua-dua telinga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ayumi Hamasaki sah pekak sepenuhnya kedua-dua telinga

BINTANG pop Jepun, Ayumi Hamasaki disahkan sepenuhnya hilang pendengaran kedua-dua telinganya, dedah penyanyi itu menerusi blognya Team Ayu.

Ayumi Hamasaki

Ayumi Hamasaki

Ayumi artis solo Jepun yang pernah dinobatkan artis solo paling laris sepanjang zaman mengalami pekak di telinga kirinya sejak tahun 2008 dan berdepan situasi yang sama di telinga kanannya tahun ini.

Menurut Ayumi, 38 tahun, dia sering mengalami loya dan pening sebelum konsert jelajah tahun ini.

“Selepas pelbagai ujian pendengaran, saya dimaklumkan telinga kanan (yang telah mengimbangi pendengaran selepas telinga kirinya pekak) semakin lemah.

“Saya sering berasa pening. Saya tidak boleh berjalan dengan lurus dan sering muntah di dalam tandas ketika berada di studio latihan,” tulisnya.

Penyanyi prolifik dan penghibur terkenal itu berkata, dia berasa kehilangan selepas mengetahui perkara itu.

“Saya masih tertanya-tanya, bagaimana sebagai penyanyi berdepan dengan masalah pendengaran. Saya berasa dunia saya gelap,” katanya.

Masalah pada telinganya dikesan bermula dia mengalami demam dan jangkitan pada telinga ketika konsert jelajah 2000 Act I, namun dia tetap meneruskan siri jelajah selepas beberapa hari berada di hospital.

Doktor telah menasihatkannya untuk mengurangkan pendedahan terhadap bunyi yang kuat namun dia tetap tidak membatalkan atau menangguhkan siri jelajahnya.

Malah dia terus bekerja  pada tahun-tahun selepas itu. Pada tahun 2008, dia disahkan pekak di telinga kirinya.

Menurut bintang pop Jepun itu, walaupun dia berdepan situasi sedemikian, dia berjanji akan terus melakukan persembahan.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Ayumi Hamasaki sah pekak sepenuhnya kedua-dua telinga

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWd9Pg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.