Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes simbah air panas kerana cemburu: 5 mengaku salah dan dipenjara 5 hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes simbah air panas kerana cemburu: 5 mengaku salah dan dipenjara 5 hari

LIMA lelaki dijatuhi hukuman penjara selama lima hari dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas pertuduhan merusuh dan mencederakan seorang lelaki dengan menggunakan air panas di sekitar daerah ini, Sabtu lalu.

Baca artikel sebelum: “Geng bangsat ni punya zalim, dia ambil satu besen air panas dia jiruskan perlahan-lahan atas kepala si mangsa yang dah lunyai kena belasah 30 orang!” – Gitaris kumpulan Rajawali didakwa belasah seorang lelaki kerana cemburu

Majistret Raja Noor Adila Raja Mahyaldin memutuskan demikian selepas tertuduh iaitu Adlan Ramli, 37, Mohd Fiqri Abd Halim, 25, Shahbani Basia, 33, Azwan Kamar, 35, dan Erwan Abd Ghani, 37, mengaku bersalah atas pertuduhan bersama itu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa hadir dalam rusuhan dengan memiliki satu termos mengandungi air panas iaitu alat (benda melecur) yang digunakan untuk menyerang hingga menyebabkan kecederaan Mohamad Norariff Ab Latif, 25.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Mawar 1, Kampung Paya Jaras Hilir, di sini, antara 1 hingga 3 pagi, 20 Mei lalu.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Haziqah Haziqah Zulkifli manakala semua tertuduh diwakili peguam bela Nurul Ikrimah Mohd Raya.

Dalam prosiding sama, tiga individu lain bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan memohon dibicarakan.

Muka depan Harian Metro sebelum ini melaporkan luluh hati seorang bapa apabila melihat anak tunggalnya lunyai dibelasah sekumpulan lelaki selain dijirus air panas menggelegak ke muka dan kepala.

Tindakan itu menyebabkan Mohd Norariff pengsan akibat tidak dapat menahan kesakitan selepas melecur teruk.

Difahamkan mangsa dipukul sekumpulan lelaki didalangi bekas anggota sebuah kumpulan rock di Kampung Paya Jaras Hilir itu dengan bersenjatakan rotan dan kayu.

Polis kemudian memberkas sembilan suspek bagi membantu siasatan kes itu.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Kes simbah air panas kerana cemburu: 5 mengaku salah dan dipenjara 5 hari

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4kzyu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.