Hi! Welcome Back and Stay Tune! M’sia Sangkal Dakwaan Melobi Pentadbiran Trump - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

M’sia Sangkal Dakwaan Melobi Pentadbiran Trump

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia hari ini menjelaskan bahawa ia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana pihak yang mendakwa telah diupah untuk melobi pentadbiran Trump bagi pihaknya, seperti dilaporkan oleh media.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku SariffudinTengku Ahmad dalam satu kenyataan di sini berkata, baik Pejabat Perdana Menterti mahupun Kerajaan Malaysia tidak pernah mengarahkan, melantik atau mengikat kontrak dalam apa jua bentuk dengan pihak-pihak yang dikatakan itu iaitu Godfrey Group Ltd, the 45 Group atau Healy Baumgardner-Nardone.

Menurut laporan sebuah portal berita Malaysia, kerajaan Malaysia dikatakan telah mengupah sebuah firma dari Amerika Syarikat, dikenali sebagai 45 Group untuk melobi bagi pihaknya.

Portal berita itu yang memetik laporan dalam Daily Beast, laman web berita berpangkalan di New York, mendakwa bahawa firma tersebut telah menerima cek US$250,000 (RM1.07 juta) pada 9 Mei dari sebuah syarikat Malaysia dikenali Godfrey Group Ltd seperti dilaporkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Firma itu diketuai oleh Healy Baumgardner-Nardone yang pernah berkhidmat bagi kempen pilihan raya bagi presiden Amerika Syarikat sekarang Donald Trump. Walaupun beliau akhirnya berhenti berkhidmat bagi kempen itu, beliau dilaporkan masih mempunyai hubungan rapat dengan kalangan orang dalam pentadbiran Trump, menurut portal berita itu.

Tengku Sariffudin berkata Malaysia sentiasa mengalu-alukan rakan dari seluruh dunia yang menyatakan sewajarnya bahawa Malaysia mempunyai ekonomi yang mesra perniagaan, terbuka kepada perdagangan dan pelaburan.

“Malaysia ialah sebuah negara majoriti Islam mengamalkan pendekatan kesederhanaan yang dibawah kepimpinan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berdiri teguh dalam perjuangan menentang keganasan dan ekstremisme,” kata beliau. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r480Db

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.