NATO Anggota Penuh Gabungan Global Menentang Daesh
BRUSSELS – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan menjadi anggota penuh Gabungan Global menentang Daesh, lapor agensi berita China Xinhua yang memetik kenyataan Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg.
“NATO bersetuju untuk menjadi anggota penuh Gabungan Global menentang kumpulan tersebut yang turut dianggotai oleh semua 28 negara anggota NATO,” katanya pada sidang media selepas Sidang Kemuncak NATO, Khamis.
Bagaimanapun, katanya, penyertaan NATO dalam gabungan itu tidak bermakna ia akan turut terlibat dalam pertempuran.
Menurut beliau, keputusan yang diambil oleh pemimpin 28 negara bersekutu NATO bertujuan menghantar isyarat tentang usaha bersama dalam memerangi keganasan global.
NATO akan mengambil bahagian dalam perbincangan politik, termasuk penyelarasan latihan dan pembinaan kapasiti, katanya.
Pemimpin negara-negara bersekutu NATO berhimpun untuk mesyuarat pertama mereka di ibu pejabat baharu NATO di Brussels, dengan isu perbelanjaan ketenteraan dan usaha dalam memerangi keganasan menjadi agenda utama perbincangan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qjRMst
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment