Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana sosej wanita pijak anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana sosej wanita pijak anak

Seorang wanita di China yang dikecam selepas dia memijak anak perempuanya berusia dua tahun di khalayak ramai tampil menjelaskan mengapa dia berbuat demikian.

Lebih 100 laporan polis dibuat terhadap Huang Xiao Xiao selepas rakaman yang berlaku pada 9 Mei lalu di daerah Xiaoshan, wilayah Zhejiang tular.

Huang 36, berkata, dia kecewa selepas gagal mendapatkan kerja pada hari kejadian dan menggunakan baki wang 20 yuan (RM12) untuk membelikan anaknya sosej.

Anaknya itu kemudian meludah kembali makanan itu mungkin kerana panas atau tidak suka akan rasanya.

Huang berkata, dia hilang pertimbangan dengan tindakan anaknya itu hinga menyebabkan dia bertindak menolak dan memijaknya.

Ibu tunggal dari Hunan tinggal di jalanan bersama anak perempuanya selepas berpindah keluar dari rumah ibu bapanya.

Dia gagal mendapatkan pekerjaan ekoran majikan enggan mengambilnya bekerja selepas melihat anaknya.

Huang mengalami kemurungan selepas melahirkan anak perempuan.

Bekas suaminya mendapatkan hak penjagaan untuk anak sulungnya.

Huang mengaku sering hilang pertimbangan dan kadang-kadang melepaskan tekanan kepada anaknya namun dia berkata, dia sentiasa berasa menyesal kemudian.

Kata Huang lagi,  jika ada makanan, dia akan memberi makan kepada anaknya terlebih dahulu manakala dia hanya akan minum air.

Polis berkata, organisasi kebajikan akan membantu mereka.

Selepas melihat video berkenaan, bekas suami Huang akan memohon hak penjagaan kanak-kanak itu, lapor Asia News Network.

The post Kerana sosej wanita pijak anak appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r5noRJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.