Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Ini Tidak Pernah Bersekolah & Tiada MyKad - Xu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Ini Tidak Pernah Bersekolah & Tiada MyKad - Xu


KAJANG, SELANGOR - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dipercayai tidak pernah bersekolah apabila seorang lelaki mendedahkan kisah remaja ini setelah beliau mengenalinya.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Xu berkongsikan kisah remaja ini melalui laman Facebook miliknya, Xu memberitahu dia baru saja berkenalan dengan remaja berkenaan dan remaja berkenaan tidak pernah bersekolah kerana keluarganya terlalu miskin, malah mereka terpaksa mengikut perut untuk makan hampir setiap malam.

Melalui Xu, remaja berkenaan telah membawa beliau ke rumahnya dan Xu amat terkejut apabila melihat keadaan rumah remaja berkenaan.

"Kita harus belajar untuk bersyukur dengan kehidupan dan dengan apa yang kita miliki. Saya tahu mengapa dia kelaparan, lihatlah keadaan rumahnya. Tiada gas, malah dapur yang ada dikatakan telah rosak.




"Bapa dia seorang warganegara Malaysia tetapi dia tidak memiliki wang untuk memohon MyKad, malah dia berhutang daripada orang sebanyak RM300 dan sehingga dia berjaya mendapatkan MyKad-nya sendiri. Tetapi anaknya tidak mampu untuk memilik MyKad.

"Saya kongsikan kisah ini kerana saya ingin menolong mereka dan saya juga sangat berharap anda semua dapat menolong mereka. Tidak perlu berikan sumbangan yang berbentuk wang ringgit kerana bapanya tidak mempunyai akaun bank.

"Bantuan yang mereka perlukan adalah barangan keperluan harian. Marilah kita bersama-sama membantu mereka," tulis Xu di Facebooknya.



Perkongsian yang dimuat naik oleh Xu tersbut telah mendapat perhatian ramai netizen sehingga memperolehi lebih dari 6 ribu perkongsian yang rata-rata diantara mereka amat bersimpati dengan nasib remaja terbabit.

Kepada mereka yang ingin memberikan bantuan kepada remaja berkenaan boleh menghubungi Xu melalui Facebooknya. - Koleksi Viral



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYysyg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.