Hi! Welcome Back and Stay Tune! 65% Pekerjaan Sedia Ada 'Lenyap' Pada 2027 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

65% Pekerjaan Sedia Ada 'Lenyap' Pada 2027


KUALA LUMPUR: Kira-kira 65 peratus pekerjaan sedia ada di negara ini diramal tidak wujud lagi pada 2027.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata Revolusi Industri Keempat atau Era Digital bakal menyaksikan kemajuan dan penggunaan teknologi secara radikal.

Justeru, katanya, pengupayaan bakat dan potensi rakyat Malaysia khususnya tenaga kerja mahir perlu digiatkan.

"Kita nak bernafas pun susah kerana dunia bergerak terlalu laju seiring perubahan ekonomi digital.

"Kerajaan meletakkan harapan tinggi kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Dewan Perniagaan Melayu (DPMM).

"Kita akan mengundang pucuk pimpinan tinggi DPMM berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan selepas itu menemui saya bagi hal berkaitan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

"Kita ingin pastikan penggunaan teknologi mampu meningkatkan pengeluaran dan produktiviti terutama dalam kalangan golongan Bumiputera pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan DPMM ke-51 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden DPMM, Datuk Mohamad Alayuddin Che Hasan. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7QBN3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.