Hi! Welcome Back and Stay Tune! AMK: Penyokong pembangkang muak percakaran dalaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AMK: Penyokong pembangkang muak percakaran dalaman

Malaysiakini 20/5/17

KONGRES PKR Para penyokong pembangkang sudah muak dengan ketidakmampuan untuk menyelesaikan perbezaan antara mereka, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Suka atau tidak, pastilah majoriti pengundi yang memilih memberi harapan kepada kita semasa pilihan raya umum ke-13 berasa kecewa, marah dan tidak berpuas hati dengan pelbagai perkembangan yang ada di kalangan parti pembangkang.

"Mentaliti kepembangkangan kami yang masih tebal menyebabkan kita gagal menguruskan tidak mampu untuk menguruskan perbezaan secara matang, sekali gus memberi tanggapan umum seolah-olah kita tidak bersedia untuk mentadbir," kata Nik Nazmi.

Beliau menegaskan demikian dalam ucapan dasar Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Shah Alam hari ini.

Pembangkang telah dibelenggu dengan percakaran dalaman sejak 2015, yang terbaru tindakan PAS untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR.
Nik Nazmi juga memetik peringatan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa rakyat Malaysia tidak bodoh.

"(Rakyat Malaysia) mahu berubah dan pergeseran antara parti-parti pembangkang, malah sesama pemimpin di dalam parti, tidak membantu mereka meyakini bahawa perubahan boleh berlaku, dan sekiranya berlaku, menjadi lebih baik," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCFEiy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.