Hi! Welcome Back and Stay Tune! Analisa Teknikal Mingguan 22 Mei – 26 Mei 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Analisa Teknikal Mingguan 22 Mei – 26 Mei 2017

EUR/USD – Analisa Mingguan 22 Mei – 26 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Seperti yang dijangkakan, pasaran harga bagi EUR/USD pada minggu lalu gagal untuk breakout Key Support atau support terhampir yang berada pada harga 1.0864 dan ia terus melakukan pergerakan bullish yang agak tinggi bagi membentuk new HH. Direkodkan lebih kurang 270 pips kenaikan pada minggu lalu.

Jadi untuk minggu ini, secara teknikal momentum wave masih didominasai mood bullish(HL,HH,HL,HH) berikutan terbentuknya new HH dan boleh perhatikan peluang untuk ia melakukan retracement ke sekitar support yang berpotensi tinggi untuk ‘long’ di timeframe yang lebih kecil iaitu H1 atau H4.

Dan sekiranya EUR/USD retrace bearish dan masih tidak breakout Key Support, target kenaikan adalah ke sekitar Key Resistance mingguan 1.2560, manakala target kenaikan seterusnya adalah ke sekitar harga 1.1400 bagi membentuk new HH. Jadi kesimpulannya , sebarang penurunanan pada minggu ini adalah retracement sebelum ia kembali bullish.

GBP/USD – Analisa Mingguan 22 Mei – 26 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Seperti yang dijangkakan, pergerakan harga pasaran bagi GBP/USD masih dikuasai mood bullish dan jika diperhatikan ia gagal untuk breakout support terhampir 1.2830 dan terus membuat kenaikan lebih kurang 150 pips pada minggu lalu.

Secara teknikal, GBP/USD berada dalam mood bullish ketika ini dengan pergerakan wave yang masih ke arah uptrend(HL,HH,HL,HH) dan peluang yang boleh diperhatikan adalah pada harga sekitar 1.2860 – 1.2750 untuk ‘long’ selagi ia tidak dibreakout.

Jika breakout Key Resistance, target kenaikan yang berpotensi dicapai pada minggu ini adalah ke sekitar harga 1.3150/64. Jadi kesimpulannya, selagi ia tidak breakout Key Support pada minggu ini, kebarangkalian untuk GBP/USD bullish ketika ini masih tinggi.

AUD/USD – Analisa Mingguan 22 Mei – 26 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Harga pasaran bagi AUD/USD kini berada di sekitar harga yang berpotensi untuk membentuk new LH sebelum ia meneruskan lagi penurunan. Dan selagi ianya tidak breakout Key Resistance mingguan iaitu 0.7550/7.600, potensi masih tinggi untuk ia bearish.

Pada minggu ini, secara teknikal peluang yang boleh diperhatikan untuk ‘short’ adalah pada sekitar harga 0.7460 – 0.7550 tetapi sekitarnya breakout Key Resistance, peluang seterusnya yang boleh diambil adalah di sekitar harga 0.7600/14.

Target bearish untuk minggu ini adalah pada sekitar harga Key Support 0.7340/50 dan jika breakout, target seterusnya yang berpotensi dicapai adalah sekitar harga 0.7280 bagi membentuk new LL. Oleh itu, jika harga masih berada di bawah paras harga 0.7550, momentum bearish masih dikuasai AUD/USD pada minggu ini.

USD/JPY – Analisa Mingguan 22 Mei – 26 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Pada minggu lalu, harga USD/JPY telah melakukan pergerakan bearish yang agak mendadak dan telah mencapai ke support sekitar harga 111.64 sebelum ia kembali bullish. Secara teknikal, USD/JPY dilihat masih berpotensi untuk bullish ketika ini sekiranya ia berjaya untuk breakout resistance terhampir iaitu 112.50 dan selagi tidak breakout Key Support 110.64/50. Target bullish adalah sekitar Key Resistance iaitu 114.30.

Walaubagaimanapun, jika ia gagal untuk breakout resistance 112.50 ini, USD/JPY akan mulai untuk bearish dan berpotensi untuk mencapai ke harga yang lebih rendah iaitu 109.30/108.30 iaitu harga yang berpotensi untuk ‘long’. Jadi Key Support mingguan ini memainkan peranan yang penting untuk dperhatikan dengan teliti samaada ia breakout ataupun sebaliknya.

GBP/JPY – Analisa Mingguan 22 Mei – 26 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Minggu lalu, pergerakan harga GBP/JPY masih meneruskan lagi penurunan retracement dan dijangkakan jika ia breakout Key Support minggu ini 143.30, ia akan berpotensi untuk terus bearish. Target bearish adalah sekitar harga 141.80 sebelum ia kembali bullish.

Target bullish adalah ke sekitar harga 145.70 atau ke harga yang lebih tinggi iaitu Key Resistance 147.80. Oleh itu, peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah ‘long’ di sekitar support-support terhampir 143.30 – 141.80 yang boleh diperhatikan di timeframe yang lebih kecil iaitu H1.

 

The post Analisa Teknikal Mingguan 22 Mei – 26 Mei 2017 appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qNEqBN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.