Hi! Welcome Back and Stay Tune! ANDA MASIH INGAT KISAH GAMBAR POTRAIT PASANGAN DENGAN 3 ORANG ANAK YANG HODOH ?? – SELEPAS 4 TAHUN WANITA INI TAMPIL MENDEDAHKAN PERKARA YANG SEBENAR… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ANDA MASIH INGAT KISAH GAMBAR POTRAIT PASANGAN DENGAN 3 ORANG ANAK YANG HODOH ?? – SELEPAS 4 TAHUN WANITA INI TAMPIL MENDEDAHKAN PERKARA YANG SEBENAR…

 Gambar potrait pasangan yang tampan dan cantik bersama dengan tiga orang anak mereka ini pernah viral di media s0sial…..


Model kelahiran Taiwan, Heidi Yeh, yang mempunyai portfoli0 kerja yang mengagumkan dengan pelbagai jenama serta pernah tampil dalam vide0 muzik berkata, dia kini terpaksa bekerja lebih keras kerana kehidupannya selama 4 tahun ini bagaikan neraka….

Dalam sidang akhbar di Taipei, Rabu, Yeh dengan sedih memberitahu media bahawa sejak gambar potrait itu menjadi viral, dia kurang mendapat tawaran pekerjaan di Taiwan dan di luar negara…..

Katanya, dia telah diberikan kontrak oleh sebuah agensi model serta agensi iklan J. Walter Thompson (JWT) untuk rakaman gambar bagi sebuah klinik kosmetik. Menurut kontrak tersebut, imejnya akan digunakan dalam media cetak, dakwanya…

Tidak lama selepas itu, sebuah klinik kosmetik yang lain mula menggunakan gambar berkenaan dalam iklan kempen online dan gambar itu serta merta menjadi viral di seluruh dunia…

Kisah palsu kononnya seorang lelaki memfailkan saman terhadap isterinya kerana anak-anak mereka terlalu h0d0h diterbitkan oleh akhbar Heilongjiang telah menarik perhatian media antarabangsa untuk menyiarkan kisah palsu itu. Sejak dari itu, ia menjadi bahan ejekan di media s0sial…

Akibatnya, kehidupan normal Yeh bertukar menjadi mimpi ngeri. Yeh juga mengatakan dia yang sebelum ini berpotensi meraih pendapatan sebanyak 4 juta NTD dalam bidang itu kini terpaksa melupakannya kerana agensi bakat mula memulaunya. Yang lebih menyakitkan, dia dituduh menipu untuk berkahwin serta didakwa telah melakukan pembedahan plastik….

Yeh kini mahu memfailkan saman terhadap JWT sebanyak 5 juta NTD sebagai pampasan kerana menyebabkan perkara itu terjadi….

Simple Beauty, klinik kosmetik terbabit tampil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa mereka telah menggunakan prosedur yang betul bagi mendapatkan hak untuk gambar tersebut dari JWT. Masalah yang timbul adalah masalah diantara Yeh dan JWT dan mereka tidak terlibat dalam masalah itu…

Bagaimanapun, JWT yang merujuk pada satu klausa dalam kontrak yang ditandatangani oleh Yeh itu menyatakan bahawa JWT berhak sepenuhnya ke atas gambar tersebut dengan pemahaman bahawa gambar itu boleh diubahsuai…..

Dalam kenyataan itu juga, JWT melalui badan peguam lantikan mereka akan membatalkan saman itu atas sebab tuduhan yang dilemparkan oleh Yeh itu tidak benar dan boleh menjejaskan imej syarikat JWT…..



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qDDmDh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.