Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anda Trader Kedua-Dua Matawang Ini? Baca Ulasan Ini Segera! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anda Trader Kedua-Dua Matawang Ini? Baca Ulasan Ini Segera!

Dollar New Zealand dan Australia telah bergerak ke tahap yang lebih rendah berbanding matawang US Dollar pada Khamis selepas Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar faedah pada tahap tidak berubah. Selain itu, pasaran juga masih memberi tumpuan kepada isu politik yang berlaku di AS baru-baru ini.

NZD/USD menurun sebanyak 0.73 peratus kepada tahap terendah dalam tempoh 11 bulan.

Terdahulu, RBNZ mengekalkan kadar faedah penanda aras tidak berubah pada 1.75 peratus sama seperti jangkaan.

Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila bank pusat ini menjangkakan untuk mengetatkan dasar monetari pada tahun 2019. Ahli ekonomi juga menjangkakan bahawa perubahan dasar hanya akan dilakukan pada separuh pertama tahun tersebut.

Mengulas mengenai keputusan tersebut, Gabenor RBNZ, Graeme Wheeler mengatakan bahawa penurunan baru-baru ini terhadap Dollar New Zealand akan membantu mengimbangi semula prospek pertumbuhan sekiranya ia kekal berterusan.

AUD/USD menyusut sebanyak 0.14 peratus kepada 0.7355.

Para pelabur juga masih meneliti keputusan Donald Trump dalam memecat Pengarah FBI, James Comey.

Comey mengetuai agensi itu di dalam siasatan kes dakwaan campur tangan Russia di dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dan kemungkinan pakatan sulit dengan kempen Trump.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang gergasi berbanding matawang utama yang lain dinilai pada paras yang stabil iaitu pada 99.49.

China Bincang Isu Ketegangan Nuklear Dengan Presiden Baru Korea Selatan

The post Anda Trader Kedua-Dua Matawang Ini? Baca Ulasan Ini Segera! appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2quKv99

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.