“Apa aku buat ni.. Sampai ayah pun aku lupa nak bagi dia…”
Keberkatan orang tua jangan sesekali diambil mudah kerana dengan keberkatan mereka, apa sahaja yang kita lakukan akan menjadi lebih mudah. Perkongsian Khalil Razak mengenai apa yang dipelajarinya tentang keberkatan daripada ayahnya ini wajar kita jadikan pengajaran. Semoga kita juga mampu mendapatkan keberkatan dari kedua ibu-bapa kita.
Saya pernah tak bagi duit kat ayah saya dulu walaupun saya dah mula berniaga.. Saya rasa nak bagi rm100 rasa macam berkira sangat.. Di ukm saya berniaga income dapat dalam purata RM3k sebulan.. Macam2 business saya buat.. Saya rasa banyak sangat dapat.. Tapi duit tu rasa macam habis macam tu je.. Saya rasa macam ada benda tak kena..
Satu hari abang saya no 4 tanya saya.. “Mung niage doh ni buwi dop duit ke ayoh.. Jangang wak lupe tu.. Anok laki wajib buwi nafkah pada mok ayoh.. Dop berkat kekgi..”
Saya fikir saya belajar lagi.. Tak kan nak bagi kat ayah dah… Saya terus termenung.. Tepuk dahi saya.. Allah… Apa aku buat ni.. Sampai ayah pun aku lupa nak bagi dia…
Ada juga yang rasa.. Owh.. Ayah mak saya dah tak perlu.. Duit deorang pun dah banyak.. Tak sebenarnya.. Kita bagi bukan sebab duit tu.. Tapi sebab kita nak kan keberkatan…
Saya terus minta no akaun ayah saya pada abang saya terus masukan duit RM300.. Ingat lagi kali pertama bagi kat ayah…. Allahu… Saya mula rasa lain.. Duit rasa macam ada je.. Tak habis2..malah bertambah.. Boleh belanja kawan2.. Boleh bantu kawan2 yang susah.. Sejak daripada tu.. Saya tak pernah mis masukan duit setiap bulan..
Sekarang saya dah makin tak berkira dengan ayah.. Ayah nak apa je insyaALLAH saya akan penuhi.. Pernah tahun lepas ayah ngadu moto elektrik ayah dah nak rosak.. Dah selalu habis bateri.. Saya dengar terus saya balik kampung terus belikan ayah moto elektrik baru RM2800.. Tetap tak sama dengan nilai ayah belikan saya kereta mainan harga Rm30 dulu masa saya kecik.. Sebab ayah dulu nak dapat rm30 dengan penuh tangisan dan air mata…yaAllah.. Sejak tak berkira dengan ayah.. Bulan2 pun dah ribu.. Makin banyak bagi kat ayah makin melimpah ruah rezeki Allah bagi..
Dari situ saya mula belajar.. Kecik mana pun pendapatan kita.. Bagi duit kat mak ayah satu punca rezeki yang paling mudah nak tarik daripada khazanah Allah.. Ramai anak muda hari ni ambil mudah dengan nafkah pada mak ayah.. Kalau kita tak bagi duit kita kat mereka.. Duit tu pasti juga akan habis ke tempat lain.. Allahu…. YaAllah kau panjang kanlah umur ayah saya agar saya dapat khidmat lagi pada nya dengan sebaiknya.. YaAllah.. Kau dah panggil mak saya ketika saya masih belum sempat khidmat padanya.. Janganlah kau panggil ayah saya lagi.. Saya masih belum puas khidmat ayah saya..tolong yaallah.. Huhuk.. Amiiiin
Boleh share pada rakan2 adik beradik suami isteri kita..
Pembimbing Remaja,
Ustaz Tido – Pembimbing Remaja
Jemputan ceramah ust tido sekolah2 seluruh malaysia dan one to one program untuk anak bermasalah boleh hubungi 0177671637 alhamdulillah ramai dah remaja yg kita bantu pulihkan dengan izin Allah
Kem Pemuda Ashabul Kahfi 2017 bulan puasa cuti sekolah
Johor Bahru 28-30 mei
Bangi 31 mei – 2 jun
The post “Apa aku buat ni.. Sampai ayah pun aku lupa nak bagi dia…” appeared first on The Alternatif.
✍ Sumber Pautan : ☕ The Alternatif
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pXqKTs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment