Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya ikhlas sambut salam Mat Over” – David Teo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya ikhlas sambut salam Mat Over” – David Teo

Produser filem David Teo tidak berhasrat untuk memanjangkan isu dia ditampar oleh Mat Over kerana perkara itu sudah diselesaikan dengan baik.

Kata David, dia menyambut salam maaf Mat Over secara ikhlas dan hati terbuka kerana ia kejadian salah faham yang tidak sepatutnya terjadi.

“Apa yang berlaku langsung tidak terlintas dalam kepala saya namun ia sudah pun terjadi.

“Paling penting kami sama-sama sudah bersalaman dan menyelesaikan salah faham itu secara baik.

“Saya tidak bersikap biadab terhadap perdana menteri seperti didakwa kerana langsung tidak berkesempatan mengutarakan pandangan dan soalan pun kepadanya,” katanya kepada mStar Online.

David diminta mengulas isu dia ditampar oleh Mat Over atau Sulaiman Yassin dalam program dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2015) yang diadakan di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu.

David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator dan Mat Over tiba-tiba muncul lalu menamparnya kerana dianggap biadab kepada Najib.

 

Mereka kemudiannya bermaaf-maafan atas kesilapan berkenaan.

Sementara itu, Mat Over memberitahu, dia berharap rakyat Malaysia tidak mengambil serius berhubung insiden itu kerana ia telah pun selesai secara baik.

Katanya, paling penting insiden itu tidak mendatangkan kecederaan kepada kedua-dua belah pihak dan mereka tidak menyimpan dendam.

“Ia mungkin boleh jadi di mana-mana sahaja dan diharap apa yang berlaku rakyat Malaysia tidak mengambil kisah kerana ia telah pun selesai.

“Ada hikmah juga insiden itu kerana saya dapat peluk perdana menteri dan bukannya senang hendak dapat peluang begitu… hahaha,” ujarnya.

Dalam pada itu Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berkata, isu David To ditampar oleh Mat Over atau Sulaiman Yassin itu hanyalah sekadar salah faham sahaja.

“Perkara ini hanya salah faham dan sesiapa yang kenal David pasti tahu dia memang bercakap dengan kuat tetapi bukan bererti dia marah.

“Tetapi perkara itu pun sudah berlaku dan masing-masing sudah bermaaf-maafan dan ia sudah pun diselesaikan.

“Paling penting sekarang kita teruskan hidup dan mengutamakan isu-isu terhadap industri seperti mana diketengahkan dalam acara itu,” katanya.

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Datuk Jurey Latiff Rosli pula berkata, insiden itu satu kerugian namun dia bersyukur ia telah pun diselesaikan dengan baik.

Malah kata Jurey, dia memohon maaf bagi pihak David selaku ahli persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dan menyifatkan penerbit filem itu tidak berniat untuk bersikap biadab atau merosakkan majlis.

“Harapan saya sebagai presiden, perdana menteri memaafkan David dan Mat Over dan jangan serik untuk terus membantu industri kreatif negara.

“Sikap tenang dan mesra ditunjukkan beliau bukti perdana menteri kita berjiwa besar dan ikhlas dalam pertemuan tersebut.

“Apa yang berlaku tanpa dirancang dan ia tidak seharusnya berlaku kerana mencalarkan imej penggiat seni apabila isu itu diviralkan,” katanya.
Sumber: MStar



Sumber “Saya ikhlas sambut salam Mat Over” – David Teo

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qwST7k

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.